INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | KEMBARA MAHKOTA JOHOR A CONTINUITY OF CONCORD BETWEEN RULERS AND PEOPLE – PART THREE

HM Sultan Ibrahim, even before being named Crown Prince of Johor, has often visited people in villages and cities in Johor and even spent the night in Johor districts. In 2004, His Majesty wanted the Kembara Mahkota Johor programme to be extended to the Johor people on islands around Mersing.

Although His Majesty has often visited those islands, through the programme His Majesty has given opportunities to relevant authorities to observe the necessity of the island communities in Johor that needs to be focused on. Special aid during rainy season has been successfully implemented as decreed by His Majesty.

The island tours were held again in 2007 and 2016 under the same initiative by His Majesty. The people’s happiness could clearly be seen on their faces when they got the opportunity to meet HM Sultan of Johor, the Royal Family and other tour members.

Various programmes have been arranged but it has never tire His Majesty, and the spirit shown by His Majesty when participating in the programmes has made the people feel like being a part of a big family. This uniqueness is priceless for all the Johor people. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEMBARA MAHKOTA KESINAMBUNGAN MUAFAKAT RAJA DAN RAKYAT JOHOR – BAHAGIAN TIGA

DYMM Sultan Ibrahim sebelum dimashyur menjadi Tunku Mahkota Johor sudah begitu biasa melawat penduduk kampung dan bandar di sekitar Johor malah adakalanya turut bermalam di daerah-daerah negeri Johor. Pada tahun 2004, baginda mahukan program Kembara Mahkota Johor diperluaskan kepada rakyat Johor yang berada di pulau-pulau sekitar Mersing.

Meskipun baginda sering ke pulau-pulau tersebut, untuk program seumpama ini baginda memberi peluang kepada pihak berwajib melihat sendiri apakah keperluan kehidupan masyarakat pulau di Johor yang perlu dititikberatkan. Bantuan keperluan khas musim tengkujuh berjaya dilaksanakan atas titah baginda.

Jelajah Pulau kemudiannya diulangi pada edisi berikutnya pada tahun 2007 dan 2016 atas inisiatif sama baginda Tuanku. Kegembiraan jelas terpancar di wajah penduduk pulau apabila berpeluang beramah mesra bersama DYMM Sultan Johor, Keluarga DiRaja serta ahli rombongan.

Pelbagai program padat telah diatur namun ianya tidak memenatkan baginda, malah semangat yang dipamerkan oleh baginda apabila turut serta dalam program-program tersebut membuatkan rakyat seperti berada dalam sebuah keluarga yang besar. Keunikan ini tidak ternilai buat seluruh rakyat Johor. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="114590"]