INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | LARGE-SCALE CELEBRATIONS WITH RAKYAT A NORM IN JOHOR – PART ONE

It has been the norm in Johor for certain celebrations to be huge and eventful for the people’s enjoyment. What has been desired by the Johor Sultanate since the reign of Sultan Sir Abu Bakar is the participation and unity of the people. It can still be observed today.

During the Sultan Sir Abu Bakar reign, the celebration in conjunction of His Majesty’s coronation in 1886 was done spectacularly. Various performances were held for the people coming from all districts.

It was the same during the coronations of Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail and HM Sultan Ibrahim. The Johor Sultanate has always wanted rare moments to be celebrated as a medium of unity because those occasions can be enjoyed by people from all walks of life. 

In 1955, Sultan Sir Ibrahim prepared a live TV broadcast, which was done for the first time in Malaya, in conjunction of His Majesty’s diamond jubilee at the Istana Besar. The broadcasting technology, which was considered advanced at that time , was also used during the coronation of Sultan Sir Ismail in 1960 so that it could provide an opportunity for the people to follow the ceremony closely. 

Now, the spectacular celebration of winning the Malaysia Super League for the sixth consecutive time was not something new and out of the ordinary for the Johor people. The festivity planned for the entire society in Johor was to ensure everyone could join in the huge celebration. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | SAMBUTAN BESAR-BESARAN BERSAMA RAKYAT MENJADI SATU KELAZIMAN DI NEGERI JOHOR – BAHAGIAN SATU

Menjadi kebiasaan di negeri Johor, sambutan perayaan tertentu amat meriah dan dilakukan besar-besaran buat tontotan bersama rakyat. Apa yang dimahukan oleh Kesultanan Johor sejak Sultan Sir Abu Bakar adalah penyertaan serta penyatuan rakyat. Ianya masih boleh dilihat pada hari ini.

Pada zaman pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, sambutan sempena hari kemahkotaan baginda pada tahun 1886 disambut dengan amat meriah. Pelbagai jenis pertunjukkan disediakan buat tontotan rakyat yang hadir dari seluruh daerah. 

Begitu juga pada kemahkotaan Sultan Sir Ibrahim, Sultan Sir Ismail dan DYMM Sultan Ibrahim sekarang. Kesultanan Johor sejak dahulu mahu sejarah yang jarang berlaku seperti ini dapat disaksikan serta menjadi satu medium penyatuan kerana diturut serta oleh semua lapisan masyarakat.

Pada tahun 1955, Sultan Sir Ibrahim berkenan menyediakan siaran langsung di televisyen yang mana itu adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Tanah Melayu ketika itu sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan 60 tahun baginda di Istana Besar. Teknologi penyiaran yang dianggap canggih ketika itu juga diadakan ketika Kemahkotaan Sultan Sir Ismail pada tahun 1960 agar siaran tersebut memberi peluang rakyat menyaksikan istiadat dengan lebih dekat.

Kini, sambutan gilang-gemilang kejuaraan Liga Super Malaysia 2019 enam kali berturut-turut bukan lagi suatu perkara yang baharu dan janggal pada rakyat Johor. Kemeriahan yang direncanakan untuk seluruh masyarakat di Johor ini akan memastikan seluruh rakyat bersama-sama meraikan kejayaan besar ini. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="120874"]