INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | PALACE’S DEDICATION TO STRENGTHENING TIES WITH JOHOREANS – PART FOUR

The Johor Royal Family, since the reign of Sultan Sir Abu Bakar until today, has always emphasised on the muhibbah spirit. Races are different in terms of beliefs and religions, but the Johor people are united through the Bangsa Johor concept.

The Johor people have often seen the Sultan of Johor’s presence at other races’ celebrations, symbolising His Majesty as a ruler of all races. Aidilfitri celebrations for the Royal Family are also no different from the Johor people’s as the preparations are similar.

Sultan Ibrahim has personally sent out Raya greeting cards, which has been His Majesty’s habit for many years. The presence of His Majesty and the royal family during the Aidilfitri prayers with the people is also a highly anticipated moment and it is an opportunity to be closer to the people.

The Palace’s tradition of organising an open house has also been the norm since Sultan Sir Ismail’s reign. It is much awaited by Bangsa Johor because they can meet the entire Johor Royal Family, who is ready to greet all guests until the event concludes.

The spirit of unity and harmony is a tradition passed down from past Johor Sultan reigns. Clearly the spirit will continue to live on in the beloved lands of Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KECENDERUNGAN ISTANA DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN BERSAMA RAKYAT JOHOR – BAHAGIAN EMPAT

Keluarga Diraja Johor sejak pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar sehingga kini amat mengambil berat soal muhibbah. Perbezaan kaum hanya dari sudut kepercayaan dan amalan agama, namun penyatuan rakyat Johor diserlahkan melalui istilah Bangsa Johor. 

Rakyat Johor sejak dahulu sudah biasa melihat Sultan Johor mencemar duli menyantuni perayaan kaum lain sebagai simbolik seorang pemerintah kepada semua kaum. Sambutan Aidilfitri bagi Keluarga Diraja juga tidak banyak berbeza dengan rakyat Johor malah persiapan dibuat sama sepertimana yang dilakukan oleh rakyat.

Sultan Ibrahim mengutus sendiri kad ucapan raya dan ianya telah menjadi tradisi baginda seperti tahun-tahun sebelum. Keberangkatan baginda sekeluarga menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat juga merupakan detik yang amat dinantikan dan ia sebahagian peluang mendekati rakyat jelata.

Tradisi rumah terbuka Istana juga sudah menjadi kebiasaan sejak pemerintahan Sultan Sir Ismail. Ia merupakan masa yang ditunggu-tunggu sekalian Bangsa Johor kerana dapat bersua dengan seluruh Kerabat Diraja Johor yang sedia menunggu semua tetamu sehingga semuanya selesai. 

Semangat perpaduan dan keharmonian yang terbentuk ini merupakan tradisi yang diperturunkan dari zaman Sultan-sultan Johor terdahulu. Ternyata semangat tersebut terus mekar di bumi Johor yang tercinta. Allah Peliharakan Sultan.


[related_post themes="flat" id="119880"]