INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SANCTITY OF ISLAM AND HARMONY ACROSS RACES UNDER JOHOR SULTANATE’S LEADERSHIP – PART ONE

Governing influences of the Ottoman Caliphate Government in Turkey were assimilated into Johor in the 1890s as it became the first to do so in Southeast Asia. Sultan of Johor then ensured the sanctity of Islam under the Johor State Constitution.

The Islamic constitution found its footing in the Modern Johor Government system and made Islam the official religion in Johor. The Johor Sultanate also took the aspect of various races into consideration to ensure harmony among all Johor people including those sheltering in it.

In 1911, Sultan Sir Ibrahim appointed Raja Ali, who was a relative of former Sultan of Riau-Lingga Sultan Abdul Rahman, as the official head of the Islamic religion and a religious leader from the Ottoman Empire acted as the religious advisor to the Sultan of Johor. 

Balancing between now and hereafter was emphasised by the Johor Sultanate since the mid-19th century during the modernisation of the Johor Government. The construction of the Abu Bakar Mosque in 1893 beside Bukit Cengkeh was covered by Sultan Sir Abu Bakar.

It was officially opened on 1 Syawal 1317H in 1900 by Sultan Sir Ibrahim and His Majesty also performed prayer with the people. His Majesty then paid for the construction of the Pasir Pelangi Mosque in 1911 and decreed that mosques would be built in other Johor districts. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KESUCIAN ISLAM DAN KEHARMONIAN SEMUA KAUM DI BAWAH KEPIMPINAN KESULTANAN JOHOR – BAHAGIAN SATU

Pengaruh pemerintahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Khalifah Uthmaniyah di Turki mula diserapkan di Johor pada tahun 1890an dan merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Sultan Johor bertindak memelihara kesucian Islam dibawah peruntukkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. 

Perlembagaan berkonsep Islam tersebut mendapat tempat dalam sistem pemerintahan Kerajaan Johor Moden sekaligus meletakkan Islam sebagai agama rasmi di negeri Johor. Kesultanan Johor juga telah mengambil kira aspek kepelbagaian kaum bagi menjamin keharmonian ke atas semua rakyat Johor termasuk mereka yang bernaung di dalamnya.

Pada tahun 1911, Sultan Sir Ibrahim melantik Raja Ali yang merupakan saudara kepada bekas Sultan Riau-Lingga Sultan Abdul Rahman menjadi ketua Agama Islam di Johor dan seorang pegawai Agama dari Turki Uthmaniyah berperanan sebagai Penasihat Agama kepada Sultan Johor.

Mengimbangi dunia dan akhirat menjadi penekanan Kesultanan Johor sejak pertengahan kurun ke-19 pemodenan Kerajaan Johor. Pembinaan Masjid Abu Bakar pada tahun 1893 bersebelahan bukit Cengkeh dibiayai oleh Sultan Sir Abu Bakar. 

Ia dirasmikan pada 1 Syawal 1317H pada tahun 1900 oleh Sultan Sir Ibrahim dan baginda turut menunaikan solat berjemaah bersama rakyat. Baginda kemudian membiayai pembinaan masjid Pasir Pelangi pada tahun 1911 dan menitahkan agar dibinakan juga masjid jamek di daerah-daerah dalam negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="119235"]