INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SULTAN OF JOHOR’S CONCERN FOR IMPLEMENTATION OF ISLAMIC LAW

The Johor State Constitution 1895 established a noble consensus among the ruler, the government and the people. Sultan Sir Abu Bakar emphasised on the relationship of the Ottoman Turkish Islamic and Johor governments with the publication of Islamic law in the Majalah Ahkam manual in Johor.

On 21 November 1913, Sultan Sir Ibrahim wanted to streamline the usage of the Majalah Ahkam Johor manual in the Johor government and to be used by officials, magistrates and judges in Johor in matters related to Islamic law.

Sultan of Johor’s concern for the usage implementation of the Majalah Ahkam Johor manual was to save Islamic law from being set aside by the British. Written in Jawi, it contains fiqh and syara’ laws and trials that are still being used as a guidance by the Johor government today. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEPRIHATINAN SULTAN JOHOR BERKAITAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Termeterainya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895, membentuk pemuafakatan luhur di antara raja, kerajaan dan rakyat. Sultan Sir Abu Bakar menterjemahkan hubungan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah dan Kerajaan Johor melalui penerbitan undang-undang Islam di dalam Majalah Ahkam di Johor.

Pada 21 November 1913, Sultan Sir Ibrahim mahu memperkemaskan lagi penggunaan panduan Majalah Ahkam Johor ini dalam kerajaan Johor dan digunakan oleh pegawai-pegawai, majistret-majistret dan hakim-hakim di negeri Johor dalam perkara berkenaan hukum Islam.

Keperihatinan Sultan Johor melaksanakan penggunaan panduan Majalah Ahkam Johor ini bertujuan menyelamatkan undang-undang Islam dari terus diketepikan oleh Inggeris. Ditulis dalam Jawi, ia mengandungi perbicaraan hukum-hukum fiqh dan syara’ diguna pakai sebagai panduan kerajaan Johor hingga kini. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="109793"]