INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | SULTAN SIR IBRAHIM’S CONCERN FOR JOHOR’S SAFETY

Major General Sultan Sir Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar was always concerned about the safety of the state. During His Majesty’s reign, the government contributed a 16-plane squadron to the British Empire during the First World War. His Majesty also contributed $500,000 to the British Empire in 1935 as war funds to strengthen Singapore’s defence at the time.

His Majesty also contributed $250,000 on 1940 to the British Empire for the same reason. In total, Sultan Sir Ibrahim reportedly awarded $12,000,000 to the British Empire for that purpose. It was done by His Majesty, among other things, to ensure the safety of Johor and its people. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | KEPRIHATINAN SULTAN SIR IBRAHIM MENGENAI KESELAMATAN NEGERI JOHOR

Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar merupakan seorang yang amat prihatin terhadap keselamatan negeri dan negara. Pada zaman pemerintahan baginda, kerajaan negeri menyumbangkan satu skuadron 16 buah kapal terbang kepada Kerajaan British semasa Perang Dunia Pertama. Baginda turut menyumbang sebanyak $500,000 kepada Kerajaan British pada tahun 1935 untuk perbelanjaan peperangan bagi memantapkan sektor pertahanan Singapura pada masa itu.

Baginda sekali lagi menyumbang sebanyak $250,000 pada tahun 1940 kepada Kerajaan British untuk tujuan yang sama. Secara keseluruhan, Sultan Sir Ibrahim dilaporkan telah mengurniakan sebanyak $12,000,000 kepada Kerajaan British bagi tujuan tersebut. Apa yang dilakukan oleh baginda ini sebenarnya antara lain adalah juga untuk menjamin keselamatan negeri Johor dan rakyatnya. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="99679"]