INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | THE EARLIEST MODERN DEVELOPMENT MODEL OF MALAY MONARCHY – PART ONE

For hundreds of years, Malay governments were judged based on the wisdom of its rulers, the greatness of its cities, the strength of its defences, and the might of its officials. 

After hundreds of years of facing external pressure and foreign influences, Johor formed a new government in the mid-19th century with a more holistic approach in governance and administration. Its modernisation phase saw drastic physical development changes. 

Johor Bahru, previously known as Tanjung Puteri, was surrounded by thick forests with villages located by rivers and on beaches. However, its landscape began changing as it underwent a restructuring process after the Modern Johor administrative centre was shifted by Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim.

Continuing the legacy, Sultan Sir Abu Bakar wisely used the opportunity to make development plans and new infrastructure in His Majesty’s modernisation blueprint with government officials. Istana Menara Empat or Istana Pantai was built to house several Johor government departments until the completion of Istana Besar in 1866.

His Majesty’s farsightedness in Johor’s governance and development was ahead of other Malay states at that time. The changes made to Johor’s capital city in the 19th century altered negative Western perceptions on Malay rulers’ capabilities in leading a state without foreign interferences. 

Johor’s ability to self administrate thanks to the government’s diligence was proven when several early modern development models such as government departments, schools, courts, business lots, hotels, golf club, prisons, road networks, drainage and other infrastructure developments could be seen across the state. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | MODEL PEMODENAN PEMBANGUNAN TERAWAL DALAM NEGERI MELAYU BERAJA – BAHAGIAN SATU

Sejak ratusan tahun kerajaan Melayu diukur kehebatannya melalui kebijaksanaan pemerintahnya, keutuhan kota kerajaannya, kekuatan pertahanannya, serta kehebatan kepahlawanan para pembesarnya. 

Setelah ratusan tahun mengharungi pelbagai tekanan dan campurtangan kuasa asing, Johor membentuk sebuah kerajaan baharu pada pertengahan kurun ke-19 dengan perubahan corak pemerintahan dan pentadbiran secara holistik. Fasa kemodenan yang dilaluinya meliputi perubahan pembangunan fizikal yang drastik.

Johor Bahru yang sebelumnya dikenali sebagai Tanjung Puteri dilitupi hutan tebal yang hanya menempatkan kelompok-kelompok perkampungan di tebing sungai dan pesisir pantai. Namun, landskapnya mula berubah setelah disusun atur selepas perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Johor Moden oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim.

Menyambung legasi ayahandanya, Sultan Sir Abu Bakar bijak mencipta peluang dengan merangka pembangunan serta infrastruktur baharu dalam pelan pemodenan baginda bersama para pembesar kerajaannya. Istana Menara Empat atau Istana Pantai dibangunkan bagi menempatkan pelbagai pejabat jabatan-jabatan kerajaan Johor sementara siapnya Istana Besar pada tahun 1866. 

Pandangan jauh ke hadapan baginda dalam pemerintahan dan pembangunan keseluruhan negeri Johor jauh melangkaui kebiasaan negeri-negeri Melayu ketika itu. Perubahan ibu negeri Johor sejak abad ke-19 merubah persepsi negatif barat terhadap keupayaan Raja Melayu memimpin pemerintahan sebuah negeri yang bebas dari campurtangan kuasa asing. 

Keupayaan Johor mengurus tadbir sendiri hasil kerajaannya terbukti apabila pelbagai model pembangunan moden terawal dapat dilihat seperti jabatan kerajaan, sekolah, komplek mahkamah, lot perniagaan, hotel, kelab golf, komplek penjara, jaringan jalan raya, penyaliran serta beberapa kemajuan infra yang lain di seluruh negeri. Allah Peliharakan Sultan.

[related_post themes="flat" id="121296"]