INTERNATIONAL TEAMS TO PLAY JDT AS WARM UP

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) teams have friendly matches lined-up against foreign teams this week as part of the visiting teams’ preparations for the AFC Under-19 Championship and International Friendly respectively.

The Australia Under-19 side will play JDT III (Under-21) at Pasir Gudang Stadium on Thursday, 11th October 2018, before heading to the AFC Under-19 Championship. The Young Socceroos are among the hopefuls for a place in the 2019 FIFA Under-20 World Cup in Poland.

The Kyrgyzstan national team, who are ranked No.91 in the FIFA World Rankings, will play JDT II in Melaka on Saturday, 13th October 2018. Kyrgyzstan are then slated to play Malaysia in an international friendly next week.

These matches are a recognition for the Southern Tigers and an indication of JDT’s growing stature in the footballing world. JDT are set to expand their reach in 2019 with AFC Champions League football and the opening of the new state-of-the-art Sultan Ibrahim Stadium.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PASUKAN-PASUKAN ANTARABANGSA AKAN MENENTANG JDT SEBAGAI AKSI PEMANAS BADAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan JDT II dan JDT III dengan pasukan luar negara minggu ini sebagai sebahagian daripada persiapan pasukan pelawat untuk Kejuaraan AFC Bawah-19 dan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa.

Pasukan Australia Bawah-19 akan menentang JDT III (Bawah-21) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada hari Khamis, 11 Oktober 2018, sebelum berangkat ke saingan Kejuaraan AFC Bawah-19. ‘Young Socceroos’ merupakan antara pasukan harapan untuk mendapat tempat di Piala Dunia FIFA 2019 Bawah-20 di Poland.

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, yang berada di kedudukan nombor 91 dalam ‘Ranking Dunia FIFA’, akan beraksi bersama JDT II di Melaka pada hari Sabtu, 13 Oktober 2018. Kyrgyzstan dijadualkan menentang pasukan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa minggu hadapan.

Perlawanan-perlawanan ini merupakan satu pengiktirafan untuk Harimau Selatan dan petunjuk peningkatan status JDT dalam dunia bola sepak. JDT akan meluaskan lagi pencapaian mereka pada 2019 dengan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim yang canggih.

[related_post themes="flat" id="113982"]