JDT ACADEMY’S U14 & U17 SUCCESS A SIGN OF GREAT DEVELOPMENT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Academy continued to flex its muscles in 2019 by becoming the Under-14 and Under-17 champions on Saturday, continuing the Academy’s efforts from the previous year.

JDT Under-17 defeated Selangor FA 4-1 to win the 2019 KPM/FAM Youth Cup while the JDT Under-14 beat Kelantan Sports School 3-0 to win the Ministry of Education Cup. Earlier this year, the JDT Under-12 side won the Malaysian Schools Meet (MSSM).

The triumphs are a result of the great work done at the JDT Academy and a positive sign for the development of players at JDT.

The JDT Academy also had a good 2018, winning the Under-14, Under-15 and Under-18 National titles. The JDT Under-13 side won the JSSL International Professional 7s in Singapore last year too. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEJAYAAN AKADEMI JDT B14 & B17 PETANDA KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN

Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan lagi kejayaan pada musim 2019 dengan menjadi juara Bawah-14 dan Bawah-17 pada hari Sabtu lalu, sekaligus meneruskan usaha Akademi dari tahun sebelumnya.

JDT Bawah-17 menewaskan Selangor FA 4-1 untuk memenangi kejuaraan Liga Piala Remaja KPM/FAM 2019 manakala JDT Bawah-14 menewaskan Sekolah Sukan Kelantan 3-0 untuk memenangi kejuaraan Liga Piala Kementerian Pendidikan. Pada awal tahun, pasukan JDT Bawah-12 berjaya memenangi kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil kerja cemerlang yang dilakukan di Akademi JDT dan satu petanda positif untuk pembangunan para pemain di JDT.

Akademi JDT juga ditahap yang baik pada musim 2018, memenangi kejuaraan kebangsaan Bawah-14, Bawah-15 dan Bawah-18. Pasukan JDT Bawah-13 pula memenangi Kejohanan ‘JSSL International Professional 7s’ di Singapura juga pada tahun lepas. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121515"]