JDT AGGRESSIVELY HUNTING VICTORY IN THE LEAGUE

Johor Darul Ta’zim FC’s (JDT) win over AFC Champions League (ACL) defending champions, Kashima Antlers the other day has given a morale boost and made a big impact in ensuring a continued march in the 2019 Malaysia Super League.

The historic win boosts the spirit and confidence of the coaching staff and JDT players in facing a tough schedule next week.

For the next match, JDT will continue striving, working hard and remain focused on implementing the mission of three absolute points in addition to ensuring the unbeaten record at Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin remains untarnished.

JDT are scheduled to face its closest rival Pahang in the 2019 Malaysia Super League title tussle on Tuesday the 14th of May 2019 at 10.00pm. JDT need to defeat the opponents to widen the points gap and continue to dominate their position as league leaders.

JDT will perform with full motivation, determination, spirit, commitment and aggressiveness in the hunt for victory after victory. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT AGRESIF MEMBURU KEMENANGAN DALAM SAINGAN LIGA

Kemenangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kashima Antlers, juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tempoh hari memberi suntikan moral dan impak yang besar dalam memastikan langkah cemerlang dapat diteruskan dalam saingan Liga Super Malaysia 2019. 

Dengan kemenangan bersejarah tersebut, ianya berjaya mempengaruhi semangat keseluruhan barisan jurulatih dan pemain JDT untuk lebih berkeyakinan tinggi mengharungi jadual yang padat pada minggu hadapan.

Perlawanan berikutnya, JDT akan terus berusaha, bekerja keras dan kekal fokus mengimplementasikan misi mengutip 3 mata mutlak disamping mempertahankan rekod kebal tanpa kalah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin supaya terus unggul. 

JDT dijadualkan bertemu dengan pesaing rapat dalam perebutan takhta Liga Super Malaysia 2019 iaitu pasukan Pahang pada hari Selasa, 14 Mei 2019 pukul 10.00 malam. JDT perlu menewaskan pihak lawan bagi melebarkan jurang kutipan mata dan kekal mendominasi kedudukan sebagai pendahulu liga. 

JDT akan beraksi dengan penuh motivasi, keazaman, semangat dan komitmen yang amat tinggi serta agresif dalam memburu kemenangan demi kemenangan. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="119170"]