JDT ARE MORE THAN JUST THE SUCCESS ON THE PITCH

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) cannot merely be defined by trophies and accolades earned because football is more than what happens on the pitch.

While success on the pitch is easily measurable following a haul of 11 trophies in five years, the Southern Tigers are also making waves in other areas, aspects which are crucial for continuity.

Constantly setting the benchmark in terms of state of the art facilities, sports science and a global reach, JDT are proving to be the place to be for footballers in the country.

Behind all the purported glam, JDT players have an easy mind of not having to worry if their next paycheck would be on time, whether the club would care for them when injured or if they would be seen as mere tools for the club.

JDT owner HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, has made it a point to emphasise on the “JDT Family” concept and those are not mere words.

Unity among all stakeholders is cherished and for the players, despite a constant push to avoid mediocrity,
they often find a friend in HRH Tunku Ismail. Some players even seek personal advice as His Royal Highness lends an ear. This includes former JDT players still being in contact with their former boss.

The fans also enjoy a cordial relationship and it’s common to see the Crown Prince spending the evening at the ‘Markas Boys of Straits’ at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium in Larkin. There are also occasional Q&A sessions with the fans.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT LEBIH DARI SEKADAR KEJAYAAN DI DALAM PADANG

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh ditakrifkan hanya berdasarkan trofi dan penghargaan yang diperolehi kerana bola sepak adalah lebih daripada apa yang berlaku di dalam padang.

Walaupun kejayaan di dalam padang mudah diukur berpandukan kejayaan menjuarai 11 trofi dalam tempoh lima tahun, Harimau Selatan juga memastikan adanya pencapaian dari pelbagai sudut lain, aspek yang cukup penting untuk kelangsungan kelab.

Sentiasa tampil menjadi penanda aras dari segi kemudahan fasiliti yang serba canggih, sains sukan serta jangkauan global, JDT terbukti menjadi tempat yang diimpikan oleh para pemain bola sepak di negara ini.

Di sebalik semua perkara yang dikatakan glamor, pemain JDT juga tidak mengalami masalah yang mengganggu minda mereka seperti adakah pembayaran gaji tepat pada masanya, adakah kelab akan menjaga mereka apabila mengalami kecederaan atau adakah mereka akan dilihat hanya sebagai alat semata-mata untuk kelab.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, telah membawa sebuah pendekatan berkonsepkan “Keluarga JDT” dan ia bukan sekadar kata-kata.

Perpaduan di kalangan semua pihak amat dihargai dan bagi para pemain, walaupun sering ditagih untuk mengelakkan daripada sekadar menjadi biasa-biasa sahaja, mereka tetap merujuk kepada DYAM Tunku Ismail seumpama rakan buat mereka. Malah terdapat beberapa pemain yang bertemu baginda bagi meminta pandangan mengenai hal-hal peribadi. Ini termasuk bekas pemain JDT yang masih tidak putus hubungan dengan bekas ‘Boss’ mereka.

Para penyokong juga mempunyai hubungan yang baik dan sudah menjadi perkara biasa melihat Tunku Mahkota meluangkan masa petang di Markaz ‘Boys of Straits’ di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin. Sesi soal jawab bersama para penyokong juga diadakan dari semasa ke semasa.

[related_post themes="flat" id="115674"]