JDT BIG WINNERS AS SAFAWI RASID IS NAMED 2018 MOST VALUABLE PLAYER

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) won four awards as a club while player Safawi Rasid was the biggest winner at the Anugerah Bolasepak Kebangsaan (National Football Awards) on Monday as he bagged three awards.

The 21-year-old starlet picked up the Best Midfielder and Most Promising Youngster awards before being named 2018’s Most Valuable Player (MVP) for his contribution to JDT this year. The Southern Tigers won a record fifth straight Malaysia Super League title, were quarter-finalist of the FA Cup and reached the Malaysia Cup last four.

Safawi, a regular starter for the Southern Tigers, scored 16 goals in club colours and netted another eight while representing Malaysia Under-23 and the senior team.

JDT’s Farizal Marlias was named Best Goalkeeper while captain Hariss Harun picked up the Best Asean Player award. Farizal and Safawi were also in the Best 11 as voted by the fans.

JDT were picked for the Best Club award. JOHOR Southern Tigers won the Best Social Media and Best Website awards while the JDT fans were picked for the Best Fans award.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT MENANG BESAR MANAKALA SAFAWI RASID DINOBAT PEMAIN PALING BERNILAI MUSIM 2018

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menggungguli empat anugerah untuk kategori kelab manakala pemain, Safawi Rasid muncul pemenang terbesar di Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang berlangsung pada hari Isnin apabila beliau juga memenangi tiga anugerah.

Bintang berusia 21 tahun itu telah memenangi anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Anugerah Pemain Muda Harapan sebelum dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai 2018 (MVP) atas sumbangannya kepada JDT tahun ini. Harimau Selatan memenangi gelaran juara Liga Super Malaysia buat kali ke-lima berturut-turut, layak ke suku akhir Piala FA dan merupakan empat pasukan terakhir Piala Malaysia.

Safawi, pemain yang sering diturunkan dalam kesebelasan utama dalam pasukan Harimau Selatan, menjaringkan 16 gol untuk kelab dan mempunyai lapan lagi jaringan ketika mewakili Malaysia Bawah-23 dan juga pasukan senior.

Farizal Marlias dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik manakala kapten JDT, Hariss Harun memenangi anugerah Pemain Asean Terbaik. Farizal dan Safawi juga turut tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik pilihan penyokong.

JDT telah dipilih untuk Anugerah Pasukan Bolasepak Terbaik. JOHOR Southern Tigers pula memenangi anugerah Media Sosial Terbaik dan Anugerah Laman Web Terbaik manakala penyokong JDT memenangi Anugerah Penyokong Terbaik.

Tags

[related_post themes="flat" id="114385"]