JDT BREAK 300-GOAL MARK, AVERAGING TWO GOALS PER LEAGUE GAME SINCE 2013

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) went above the 300-goal mark for the Malaysia Super League in the convincing 3-0 win over Perak in Ipoh on Saturday. 

JDT have now scored 302 Super League goals in 151 matches since the mega-revolution of Johor football was initiated by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor in 2013. 

Leandro Velazquez scored the Southern Tigers’ 300th and 301st goal while youngster Akhyar Rashid scored the 302nd goal as the already confirmed 2019 Malaysia Super League champions collected yet another three points.

JDT now have a scoring ratio of 2 goals per match since 2013 while the 42 goals scored thus far in 2019 equates to a ratio of 2.21 goals a match. JDT can increase these statistics in the three remaining league matches in the 2019 campaign. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT LEPASI ANGKA 300 GOL, PURATA DUA GOL SETIAP SATU PERLAWANAN LIGA SEJAK 2013

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melepasi angka 300 gol dalam saingan Liga Super Malaysia selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Perak di Ipoh, Sabtu lalu.

JDT kini telah menjaringkan 302 gol Liga Super dalam 151 perlawanan sejak revolusi mega bola sepak Johor dimulakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada tahun 2013.

Leandro Velazquez telah menjaringkan gol Harimau Selatan yang ke-300 dan ke-301 manakala pemain muda, Akhyar Rashid menjaringkan gol ke-302 apabila juara Liga Super Malaysia 2019 mengutip tiga mata lagi.

JDT kini mempunyai nisbah jaringan 2 gol setiap perlawanan sejak 2013 sementara 42 gol yang telah dijaringkan setakat ini untuk musim 2019 bersamaan dengan nisbah 2.21 gol setiap perlawanan. JDT masih berupaya meningkatkan statistik ini dalam tiga lagi baki perlawanan liga untuk kempen 2019. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120587"]