JDT HAD BEST ATTACK AND DEFENCE IN THE SUPER LEAGUE

Johor Darul Ta’zim FC had the best attack and best defence in the 2019 Malaysia Super League season that ended over the weekend.

According to the 2019 Super League table, the Southern Tigers scored 49 goals, eight more than the nearest team while the 19 goals conceded were the least among the 12 competing teams.

JDT’s front three of Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera and Safawi Rasid were also the most dangerous combination in the league with 31 goals between them – the highest compared to any other frontline in top-flight. 

Diogo, who had to battle injury at the start of the season, bagged 12 goals while Gonzalo Cabrera, who became JDT’s all-time Super League top scorer, scored 11 goals. Safawi Rasid scored eight goals and was the highest-scoring local player in the league.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT MILIKI BARISAN SERANGAN DAN PERTAHANAN TERBAIK DALAM SAINGAN LIGA SUPER

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki barisan serangan dan pertahanan terbaik untuk musim Liga Super Malaysia 2019 yang berakhir hujung minggu lalu.

Berdasarkan kedudukan Liga Super 2019, Harimau Selatan telah menjaringkan 49 gol, lebih lapan jaringan daripada pasukan terdekat manakala 19 gol bolos merupakan yang paling rendah di antara 12 pasukan bertanding.

Tiga pemain barisan hadapan JDT, Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid juga merupakan kombinasi pemain paling berbahaya dalam liga dengan jumlah 31 gol di antara mereka – yang paling tinggi berbanding mana-mana barisan hadapan lain dalam saingan liga teratas.

Diogo, yang terpaksa berhadapan dengan kecederaan pada permulaan musim, mencatatkan 12 gol manakala Gonzalo Cabrera, yang menjadi penjaring terbanyak JDT sepanjang Liga Super, menjaringkan 11 gol. Safawi Rasid menjaringkan lapan gol dan merupakan penjaring tempatan terbanyak dalam liga. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120880"]