JDT II YOUNGSTERS REGULARLY TRAIN WITH SENIOR TEAM

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) players regularly join senior team training sessions at the Padang Seri Gelam Training Centre to facilitate their growth and offer coaches options.

The development club arrangement between JDT and JDT II has seen the likes of Ramadhan Saifullah, Khairullah Halimah, Ernest Wong, Che Rashid Che Halim, Kumaahran Sathasivam, Adib Zainudin, Hasbullah Abu Bakar and more all benefit from training with the senior team and playing with JDT II.

The 18-year-old Ramadhan was given a debut in the Malaysia Cup several days ago and such will be the motivation for every player at JDT II and the JDT Academy teams. Ramadhan has also featured for JDT III.

Players registered with the senior team are also able to play for JDT II, an arrangement that ensures players are ready to be called upon at anytime for both teams. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PEMAIN MUDA JDT II KERAP BERLATIH BERSAMA SKUAD SENIOR

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kerap menyertai sesi latihan skuad senior di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk membantu pembangunan mereka dan memberi pilihan kepada barisan kejurulatihan.

Perancangan pembangunan kelab antara JDT dan JDT II telah menyaksikan pemain seperti Ramadhan Saifullah, Khairullah Halimah, Ernest Wong, Che Rashid Che Halim, S Kumaahran, Adib Zainudin, Hasbullah Abu Bakar dan beberapa pemain lagi telah mendapat manfaat dari latihan bersama skuad senior dan bermain dengan JDT II.

Pemain berusia 18 tahun, Ramadhan telah diberi debut dalam perlawanan Piala Malaysia tempoh hari dan ia akan memberi motivasi kepada semua pemain di JDT II dan skuad-skuad Akademi JDT. Ramadhan sebelum ini juga pernah tampil bersama pasukan JDT III.

Pemain yang didaftarkan bersama skuad senior juga boleh bermain untuk JDT II, perancangan yang membolehkan pemain bersedia dipanggil untuk bermain bagi kedua-dua pasukan pada bila-bila masa. Luaskan Kuasamu Johor

[related_post themes="flat" id="121688"]