JDT ON RIGHT PATH IN 2019 MALAYSIA CUP

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) are on the right track in the quest of winning the 2019 Malaysia Cup. All JDT players and coaches are determined to continue the good form and record good results in every match ahead.

Looking back, the two previous Group B matches saw JDT not waste home advantage after increasing chances of reaching the next stage and strengthening grip on Group B.

To realise the aspiration, the entire Southern Tigers squad must work hard to ensure the momentum and focus are consistent to take on all challenges. Besides that, the support from the fans is needed when the Southern Tigers play at home or away.

May the efforts, hard work, tenacity and dedication of the coaches and players always be accompanied by well wishes and undivided support from the loyal Southern Tigers fans in the mission of winning one trophy after another. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTUntukSemua
#JDTForAll

JDT BERADA DI LANDASAN YANG TEPAT DALAM PERSAINGAN PIALA MALAYSIA 2019

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di landasan yang betul dalam perjuangan memburu kejuaraan Piala Malaysia 2019. Keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain JDT berazam untuk meneruskan rentak cemerlang malah mencatat keputusan yang baik pada setiap perlawanan yang bakal ditempuhi.

Imbas kembali, dua perlawanan yang telah dilalui dalam kumpulan B menyaksikan JDT tidak mempersia-siakan kelebihan beraksi di halaman sendiri setelah membuka lebih peluang untuk ke peringkat seterusnya disamping berjaya memperkukuhkan lagi cengkaman dalam persaingan kumpulan B.

Untuk merealisasikan aspirasi tersebut, keseluruhan skuad Harimau Selatan akan bekerja keras memastikan momentum dan fokus agar sentiasa konsisten dalam menghadapi cabaran berliku. Selain itu juga, sokongan padu penyokong juga ditagih ketika Harimau Selatan beraksi di halaman sendiri mahupun ketika bertandang ke gelanggang lawan. 

Semoga usaha, kerja keras, kegigihan dan dedikasi barisan kejurulatihan serta pemain sentiasa diiringi doa dan sokongan tanpa berpenghujung oleh penyokong setia Harimau Selatan dalam misi sang juara memburu kejuaraan demi kejuaraan. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121109"]