JDT RISE IN FOOTBALL A BENCHMARK OF MALAYSIAN FOOTBALL

In a Berita Harian article published in the Suara Kami segment, JDT’s blueprint of success under HRH Crown Prince of Johor has seen a complete transformation of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). The rise of JDT football is also said to be a potential benchmark to change the Malaysian football’s landscape. Besides that, it also highlights the mentality of local football fans, who are urged to stay united for the sake of football progress as can be seen done by JDT fans for their club.

Also mentioned is the attitude of fans who easily blames the FAM and HRH Crown Prince of Johor, which sees the same old problem happening again. Many don’t look forward but choose to be fanatics and stuck with state sentiment, bringing up every small matter seemingly out of hate towards the FAM President. It’s as if there’s a conspiracy going on to bring down His Royal Highness by a faction of politicians who failed to take the FAM hot seat, and fans are being used for the same reason.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEBANGKITAN BOLA SEPAK JDT MERUPAKAN SATU PENANDA ARAS BOLA SEPAK TANAH AIR

Dalam sebuah artikel Berita Harian diruangan Suara Kami, ‘blueprint’ kejayaan JDT di bawah pimpinan DYAM Tunku Mahkota Johor telah menyaksikan transformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kebangkitan bola sepak JDT juga dinyatakan sebagai satu penanda aras yang berpotensi untuk mengubah landskap bola sepak tanah air. Selain itu, turut disebut adalah mentaliti penyokong tanah air yang digesa agar kembali bersatu demi kemajuan bersama sukan bola sepak ini di mana sokongan yang diberikan oleh penyokong JDT kepada kelab dijadikan sebagai contoh.

Turut disentuh adalah sikap penyokong yang dengan mudah menggunakan pendekatan menyalahkan FAM, dan meletakkan kesalahan kepada DYAM TMJ sekaligus memperlihatkan penyakit yang sama berulang kembali. Ramai yang tidak mahu memandang jauh ke hadapan sebaliknya begitu fanatik dan taksub dengan sentimen kenegerian sehingga segala perkara remeh ditimbulkan seakan berdendam dengan Presiden FAM. Ianya seakan wujud konspirasi untuk menjatuhkan baginda melalui pakatan politikus yang gagal menduduki kerusi panas FAM dan penyokong pula dipergunakan untuk tujuan sama.

[related_post themes="flat" id="102667"]