JDT STANDING TALL AFTER ACL DEBUT CAMPAIGN

Johor Darul Ta’zim FC’s (JDT) AFC Champions League campaign came to an end on Wednesday and the Southern Tigers can look back at a group campaign that won plenty of hearts.

Making a debut in the competition, JDT owner HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor had prior expressed a desire and hope to see the club show competitiveness among Asia’s best teams, and that is exactly what JDT have shown.

From showing courage against their more illustrious opponents to controlling possession, stringing plenty of successful passes and troubling defences, JDT did it all to stay in contention for the knockout stages until the final match of the group campaign.

Such was the positiveness that there was even a sense of disappointment for not progressing, a thought not many would have considered at the start of the tournament.

JDT collected four points following a historic win over 2019 AFC Champions League winners Kashima Antlers and a draw with Gyeongnam FC in Larkin. Even when starring at the exit in the Republic of Korea on Wednesday, JDT kept going forward with intent.

Hold your heads up high Tigers! JDT can stand tall in the AFC Champions League.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT BERDIRI MEGAH SELEPAS PENAMPILAN PERTAMA ACL

Kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berakhir pada hari Rabu dan Harimau Selatan boleh melihat kembali kepada sebuah kempen peringkat kumpulan yang telah berjaya menawan banyak hati.

Tampil buat pertama kalinya dalam pertandingan ini, pemilik JDT DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebelum ini telah menyatakan keinginan dan harapan baginda untuk melihat kelab ini mampu bersaing dengan kelab-kelab terbaik di Asia, dan itulah yang ditunjukkan oleh JDT.

Dari menunjukkan sikap keberanian dengan lawan mereka yang lebih ternama hingga ke penguasaan bola, melakukan banyak hantaran-hantaran yang berjaya dan menyukarkan tugas benteng pertahanan, JDT melakukan kesemuanya untuk kekal dalam saingan ke peringkat kalah mati sehingga perlawanan akhir kempen peringkat kumpulan.

Begitu positif aura yang ditunjukkan sehinggakan wujud sedikit kecewa kerana tidak berjaya lolos ke peringkat seterusnya, sesuatu yang tidak ramai pernah fikirkan ketika permulaan kejohanan.

JDT mengumpul empat mata selepas kemenangan bersejarah ke atas pemenang Liga Juara-Juara AFC 2018, Kashima Antlers dan keputusan seri dengan Gyeongnam FC di Larkin. Malah pada hari Rabu ketika berkemungkinan ditunjukkan jalan keluar di Republik Korea Selatan, JDT tetap menyerang dengan kesungguhan.

Berbanggalah dengan pencapaianmu ‘Tigers’! JDT boleh berdiri megah dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

[related_post themes="flat" id="119595"]