JDT TO RELEASE FRUSTRATION AT PKNS

Johor Darul Ta’zim (JDT) will welcome the visit of PKNS FC and surely a win will be desired to strengthen their position at the top of the league. Following a disappointing defeat to Persija Jakarta in the AFC Cup, JDT will surely aim to bounce back in the Unifi Liga Super Malaysia match at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin tomorrow night.

The squad rotation made by coach Raul Longhi is seen as a right move considering JDT will face different challenges this month, with a FA Cup quarter-final encounter with Pahang on 20 April, followed by a final Group H match against Vietnam’s Song Lam Nghe An in the AFC Cup (24 April).

According to Raul Longhi, JDT need to focus first on the match against PKNS and then Pahang in the FA Cup. Describing both as important matches, consistency will be key to ensure victories are achieved to remain as league leaders and reach the FA Cup semi-finals.

He is also confident that the team will be stronger from next month onward when new foreign players join JDT. For the match against PKNS FC, Raul Longhi will definitely pick the strongest JDT line-up and a win over the Red Ants will restore the team’s morale ahead of next challenges.

Read more at https://www.bharian.com.my/…/jdt-mahu-lepaskan-geram-kepada…

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT MAHU LEPASKAN GERAM KEPADA PKNS

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melayani kunjungan skuad PKNS FC dan pastinya kemenangan amat dicari untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga. Detik hitam tewas kepada Persija Jakarta dalam saingan Piala AFC tentunya menyaksikan kebangkitan JDT dalam aksi Unifi Liga Super Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.

Langkah pengendalinya, Raul Longhi menggilirkan pemain dilihat keputusan tepat berikutan JDT berdepan saingan berbeza bulan ini dengan aksi suku akhir Piala FA berdepan Pahang pada 20 April, diikuti Song Lam Nghe An FC dari Vietnam dalam saingan terakhir Kumpulan H Piala AFC (24 April).

Menurut Raul Longhi, JDT perlu fokus terlebih dahulu kepada perlawanan bertemu PKNS dan kemudian baharu perlawanan bertemu Pahang dalam Piala FA. Menyifatkan kedua-dua perlawanan adalah penting, konsistensi diperlukan untuk memastikan kemenangan mampu dicapai untuk kekal sebagai pendahulu liga dan melangkah ke separuh akhir Piala FA.

Beliau juga yakin pasukan akan lebih ampuh pada bulan hadapan apabila pemain import baharu akan menyertai JDT. Mengenai perlawanan menentang PKNS FC ini, Raul Longhi pastinya menurunkan barisan terkuat JDT dan kemenangan ke atas skuad Semut Merah mampu melonjak kembali moral setiap pemain untuk mengharungi cabaran seterusnya.

Layari artikel penuh di https://www.bharian.com.my/…/jdt-mahu-lepaskan-geram-kepada…

[related_post themes="flat" id="108508"]