JDT TO REMAIN FOCUSED AND PROGRESSIVE IN LEAGUE TITLE HUNT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) remain focused and progressive in the mission of winning the Malaysia Super League title this season, which ends in July 2019.

Three matches in June and then four more in July require high commitment from each player and coach to ensure JDT continue to sit at the top of the league. By collecting at least another 12 points, the second-placed team will not be able to overtake JDT, but it is still too early to rest easy. 

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has often reminded all the JDT coaches and players not to be overconfident and comfortable with recent achievements. The players must remain hardworking, always be optimistic and stay focused in writing another chapter in Malaysia Super League history.

The support from Red and Blue fans are much needed as a tonic to boost the players’ spirit and morale in clinching one win after another. The remaining matches at home also need the Larkin Roar that has faithfully accompanied the Southern Tigers throughout the season. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT AKAN KEKAL FOKUS DAN PROGRESIF DALAM PEMBURUAN KEJUARAAN LIGA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan kekal fokus dan progresif untuk melangsaikan misi memburu kejuaraan Liga Super Malaysia musim ini yang berakhir sekitar bulan Julai 2019. 

Tiga perlawanan pada bulan Jun dan baki empat perlawanan pada bulan Julai memerlukan komitmen tinggi dari setiap pemain dan barisan kejurulatihan agar JDT terus mengungguli takhta liga. Dengan mengumpul 12 mata mutlak, pasukan pesaing di kedudukan kedua dilihat sukar untuk memintas JDT namun masih terlalu awal untuk mendabik dada.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor seringkali mengingatkan kepada keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain JDT supaya tidak terlalu yakin dan selesa dengan pencapaian terkini. Para pemain perlu kekal bekerja keras, sentiasa optimistik serta fokus mengimplementasi satu lagi sejarah baharu dalam coretan sejarah Liga Super Malaysia.

Sokongan padu penyokong Merah Biru pula amat diperlukan sebagai tonik dalam mempertingkatkan semangat dan moral pemain untuk memburu kemenangan demi kemenangan. Baki perlawanan di halaman sendiri juga perlu digamatkan dengan ‘Sorakan Larkin’ yang setia menemani Harimau Selatan sepanjang waktu perlawanan. Luaskan Kuasamu Johor.


[related_post themes="flat" id="119890"]