JDT WANT TO EXTEND LEAD WITH AWAY WIN

After playing fifteen 2019 Malaysia Super League matches and collecting 39 points out of a maximum 45, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) will travel to Manjung to face PKNP FC on 14 June 2019.

A three-week break in conjunction with Hari Raya Aidilfitri and international matches has been utilised by players to recuperate and undergo recovery sessions. The coaches have also been busy strategising and addressing weaknesses identified.

Besides that, the team has returned to routine training to ensure fitness levels are at an optimal level. Those who were called up to the national camp have also returned to routine training alongside the rest of the players. 

JDT are currently in the best condition to maintain the top position of the league table and ensure a sixth straight Super League title edges closer. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JDT MAHU JARAKKAN MATA DENGAN KEMENANGAN DI TEMPAT LAWAN

Setelah mengharungi lima belas perlawanan Liga Super Malaysia 2019 dan berjaya mengutip 39 mata dari 45 mata maksimum, kini Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkunjung ke Manjung untuk bertemu PKNP FC pada 14 Jun 2019. 

Cuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan perlawanan antarabangsa selama tiga minggu digunakan para pemain untuk berehat dan melakukan sesi pemulihan. Barisan kejurulatihan juga sibuk merencana strategi serta memperbaiki beberapa kelemahan yang sudah dikenalpasti. 

Selain itu, pasukan juga telah kembali menjalani latihan rutin bagi memastikan tahap kecergasan berada di tahap optimum. Pemain yang dipanggil ke kem kebangsaan juga akan kembali menjalani latihan rutin bersama pemain yang lain. 

JDT pada masa ini berada di tahap terbaik untuk mengekalkan kedudukan teratas liga dan memastikan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut semakin hampir. Luaskan Kuasamu Johor. 


[related_post themes="flat" id="119902"]