JDT’S FINAL SUPER LEAGUE ACT AT LARKIN TO BE EXPLOSIVE WITH SPECTACULAR CELEBRATION

Johor Darul Ta’zim FC’s clash against Terengganu at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium on Friday will be a special night in history as the Southern Tigers play Larkin’s last top flight match ever.JDT are moving to the new Sultan Ibrahim Stadium at the start of 2020 and will lift the Malaysia Super League title for one last time at Larkin on July 19. The sacred ground has seen JDT set plenty of records – including winning six league titles in a row, setting the longest unbeaten and winning run in the history of Malaysia football, saw AFC Champions League action, set record attendances and welcomed global names such as Ronaldo, Luis Figo and more.

JDT be presented the Super League trophy at Larkin Stadium after the league finale before parading the city with the trophy and celebrating with the fans at Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Spectacular fireworks and a light show display will accompany the double hat-trick winners while a SPECIAL SUPRISE electronic gimmick will mark another triumphant campaign that saw JDT become untouchable in Malaysian football.

Among the other highlights of the celebration at Dataran include performances by international rapper Bow Wow, local artists Joe Flizzow, Amy Search and K-Clique, lucky draw prizes, J6 Neon Fun Run, football freestylers and a Malaysia Book of Records presentation. The carnival starts at 3.00pm all the way to midnight.

Let’s fill up Larkin for its final Super League act, lift the Super League trophy and celebrate in style! Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

AKSI LIGA SUPER TERAKHIR JDT DI STADIUM LARKIN BAKAL DIGEGARKAN DENGAN SAMBUTAN YANG PENUH MERIAH

Pertemuan di antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Jumaat ini akan menjadi malam istimewa dalam lipatan sejarah kerana Harimau Selatan akan beraksi dalam saingan Liga Super di Larkin untuk kali terakhir.

JDT akan berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim yang baharu pada permulaan musim 2020 dan akan menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali terakhir di Larkin pada 19 Julai. Gelanggang keramat ini telah menyaksikan JDT mencipta pelbagai rekod – termasuk kejuaraan liga enam tahun berturut-turut, mencipta rekod tanpa kalah dan kemenangan berturutan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia, menyaksikan aksi Liga Juara-Juara AFC, rekod kehadiran penyokong dan dikunjungi nama-nama besar bola sepak seperti Ronaldo, Luis Figo dan ramai lagi.

JDT akan menerima trofi Liga Super di Stadium Larkin selepas perlawanan terakhir liga ini sebelum berarak mengelilingi bandar dan meraikannya bersama penyokong di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Persembahan bunga api dan lampu yang memukau akan mengiringi kejuaraan ‘double hat-trick’ dan KEJUTAN ISTIMEWA gimik elektronik bakal menjadi saksi kempen cemerlang yang menyaksikan JDT meraih kejayaan ‘untouchable’ dalam bola sepak Malaysia.

Aturcara lain sambutan di Dataran Bandaraya adalah termasuk persembahan dari penyanyi rap antarabangsa Bow Wow, artis tempatan Joe Flizzow, Amy Search serta K-Clique, hadiah cabutan bertuah, J6 Neon Fun Run, ‘football freestylers’ dan penyerahan ‘Malaysia Book of Records’. Karnival ini akan bermula jam 3.00 petang hingga tengah malam.

Ayuh penuhkan Larkin untuk perlawanan terakhir Liga Super, menjulang trofi dan seterusnya meraikannya dengan bergaya. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="120863"]