JDT’S FIVE GREAT MOMENTS IN 2018

The 2018 season has drawn to a close and Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have plenty of reasons to look back at yet another successful year after winning two trophies and a host of Academy honours.

These are the top five meaningful moments the Southern Tigers enjoyed in 2018:

1. Fifth straight Malaysia Super League title

Having already broken various records in the previous years, JDT set their eyes on winning a record fifth straight Super League title, surpassing their own record of four consecutive league wins. JDT delivered in style with a 23-point gap over Perak at the top. JDT also won the season opener Charity Cup.

2. 2019 AFC Champions League qualification

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor, wanted the club to be competing among Asia’s elite and that was secured by winning the league. The Southern Tigers will become the first Malaysian side to play in the Champions League group stage next year, rubbing shoulders with top teams from Japan, South Korea, Australia, China and Thailand.

3. Local sensation Safawi Rasid

There is a conception that local players do not score enough goals. Not Safawi Rasid. The 21-year-old winger was the club’s top scorer with 16 goals in all competitions. He assisted five times too and became a torn to defences and goalkeepers. Safawi became a regular in the line-up.

4. Academy success

The JDT Academy won trophies at Under-18, Under-15 and Under-13 in 2018. The JDT Under-15 and Under-18 sides won the 2018 Malaysian Schools Sports Council (MSSM) Football Tournament. The Under-12 side reached the quarter-finals while the Under-13 team won the JSSL International Soccer 7’s in Singapore. Recently, the Under-13 also won the Minister of Education Cup League after defeating a National Football Development Programme side.

5. Hitting 2 million on Facebook

Already the only Malaysian club to have hit the 1 million mark on Facebook, JDT hit two million on 9th October 2018. The club is among the most recognisable football brands in Southeast Asia, with only Persib Bandung of Indonesia and Thailand’s Muangthong United having a larger following. The closest Malaysian team is Kedah with 606.9k ‘likes’.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfThe

LIMA DETIK PENTING JDT UNTUK MUSIM 2018

Tirai musim 2018 sudah hampir dilabuhkan dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai banyak sebab untuk mengenang satu lagi tahun yang berjaya buat kelab selepas memenangi dua piala dan pelbagai kejayaan di peringkat akademi.

Ini adalah lima detik bermakna pasukan Harimau Selatan yang dinikmati pada tahun 2018:

1. Kejuaraan Liga Super Malaysia kali kelima berturut-turut

Setelah memecahkan pelbagai rekod pada tahun-tahun sebelumnya, JDT meletakkan sasaran untuk memenangi gelaran Liga Super kali kelima berturut-turut, memecahkan rekod mereka sendiri iaitu empat kemenangan liga berturut-turut. JDT menang bergaya sebagai pendahulu dengan jarak 23 mata berbanding pesaing terdekat Perak. JDT juga memenangi Piala Sumbangsih di awal musim.

2. Kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, mahukan kelab bersaing di kalangan kelab-kelab elit Asia dan itu dipastikan dengan meraih kemenangan liga. Harimau Selatan akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang bermain di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara tahun dhadapan, separas dengan pasukan-pasukan teratas dari Jepun, Korea Selatan, Australia, China dan Thailand.

3. Sensasi pemain tempatan, Safawi Rasid

Terdapat konsepsi bahawa pemain tempatan tidak menjaringkan gol yang secukupnya. Tetapi bukan Safawi Rasid. Pemain sayap berusia 21 tahun ini adalah penjaring terbanyak kelab dengan 16 gol dalam semua pertandingan. Beliau turut melakukan lima ‘assist’ dan sering menjadi duri kepada pertahanan dan penjaga gol lawan. Safawi menjadi pemain ‘regular’ dalam barisan pemain.

4. Kejayaan-kejayaan skuad Akademi

Akademi JDT telah berjaya meraih piala untuk kategori Bawah-18, Bawah-15 dan Bawah-13 untuk musim 2018. JDT B15 dan B18 masing-masing memenangi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018. Skuad Bawah-12 pula melangkah ke suku akhir kejohanan tersebut manakala skuad Bawah-13 pula memenangi JSSL International Soccer 7’s di Singapura. Baru-baru ini, skuad Bawah-13 juga memenangi Liga Piala Menteri Pendidikan selepas mengalahkan pasukan dari Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan.

5. 2 juta pengikut di laman Facebook

Sudah pun menjadi satu-satunya kelab bola sepak di Malaysia yang mencecah 1 juta pengikut di laman Facebook, JDT melepasi angka dua juta pada 9 Oktober 2018. Kelab ini merupakan antara jenama bola sepak yang paling dikenali di Asia Tenggara, di mana hanya Persib Bandung dari Indonesia dan Muangthong United dari Thailand yang mempunyai lebih ramai pengikut. Pasukan Malaysia lain yang paling hampir adalah Kedah dengan jumlah 606.9 ribu ‘likes’.

[related_post themes="flat" id="114356"]