JDT’S PERFORMANCE IN 2019 SHOWING A LEAP

The 2019 season is still underway but Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have shown a big leap compared to previous seasons, just as HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim had predicted.

During a fans session at JDT Cafe in August 2018, HRH Tunku told JDT fans that greater things were in store in 2019 – including participation in the AFC Champions League for the first time. HRH Tunku Ismail had, on social media and in several interviews leading to the start of the 2019 campaign, said the Southern Tigers aspire to continously improve.

The results have been encouraging as the Southern Tigers seek to confirm a sixth straight Malaysia Super League title after the Hari Raya Aidilfitri and International break. JDT are currently 13 points clear of second-placed Pahang, who have a game in hand, with just seven matches to play. JDT are still undefeated in the league too.

Participation in the AFC Champions League, meanwhile, may have ended but JDT raised eyebrows in every match and gave some of the best teams in Asia a run for their money. JDT also defeated Asia’s defending champions Kashima Antlers.

New signings Diogo Luis Santo, Mauricio dos Santos Nascimento and the return of Leandro Velazquez have been astute additions alongside the impressive Gonzalo Cabrera and captain Hariss Harun while local youngsters such as Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba and Akhyar Rashid have raised their standard.

Off the pitch, plenty of attention is given to the support system, facilities, recovery and nutrition. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PRESTASI JDT PADA MUSIM 2019 MENAMPAKKAN PENINGKATAN

Musim 2019 masih dalam perjalanan namun Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperlihatkan peningkatan yang besar berbanding musim-musim sebelum ini, sama seperti yang dijangkakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Semasa sesi bersama penyokong di JDT Cafe pada Ogos 2018, DYAM Tunku memberitahu penyokong JDT bahawa perkara-perkara yang lagi hebat akan berlaku pada 2019 – termasuk penyertaan buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara AFC. DYAM Tunku Ismail, dalam media sosial dan beberapa wawancara menjelang permulaan kempen 2019, turut menyatakan bahawa Harimau Selatan beraspirasi untuk terus bertambahbaik.

Hasilnya amat menggalakkan apabila Harimau Selatan kini tampak bakal mengesahkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut selepas rehat perlawanan antarabangsa dan Hari Raya Aidilfitri. JDT kini mendahului dengan 13 mata ke atas pesaing di tempat kedua, Pahang, yang mempunyai kurang satu perlawanan, dengan berbaki tujuh perlawanan untuk diharungi. JDT juga masih belum tewas dalam saingan liga.

Sementara itu, penyertaan dalam Liga Juara-Juara AFC telah berakhir tetapi JDT menunjukkan persembahan yang meyakinkan dalam setiap perlawanan dan memberi tentangan sengit kepada kelab-kelab ternama Asia. JDT juga berjaya menewaskan juara bertahan Asia, Kashima Antlers.

Pemain-pemain baharu, Diogo Luis Santo, Mauricio dos Santos Nascimento dan penyertaan semula Leandro Velazquez menjadi penambahan yang cemerlang di samping Gonzalo Cabrera dan kapten Hariss Harun yang mengagumkan manakala pemain muda tempatan seperti Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba dan Akhyar Rashid telah meningkatkan standard mereka.

Di luar padang, banyak perhatian diberikan kepada sistem sokongan, kemudahan fasiliti, pemulihan dan pemakanan. Luaskan Kuasamu Johor.


[related_post themes="flat" id="119846"]