JDT’S SUCCESS AND ACHIEVEMENTS ATTRACTS THE BIGGEST SPORTS BRAND IN THAILAND

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) has reinforced its name and brand internationally as the biggest sports brand in Thailand, Ari Football Concept Store (Ari Football), have expressed their interest to come to Johor for an audience with HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor. The purpose of the meeting is to discuss their interest to invite JDT to participate in their new programme ‘Ari Football Explorer’ which will be featured on their official Youtube channel.

‘Ari Football Explorer’ is a YouTube program which focuses on sharing information with fans in Thailand to explore other football cultures in the region. According to Ari Football, JDT FC are the only Malaysian club considered by them due to JDT’s success and achievements on and off the pitch. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN JDT MENARIK PERHATIAN SYARIKAT JENAMA BARANGAN SUKAN TERBESAR DI THAILAND

Nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin kukuh diluar negara apabila syarikat pengeluar jenama sukan terbesar di Thailand, Ari Football Concept Store (Ari Football) telah menyatakan minat untuk datang ke negeri Johor untuk bertemu dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Tujuan pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan hasrat mereka untuk melibatkan JDT dalam program terbaru mereka ‘Ari Football Explorer’ melalui saluran Youtube rasmi mereka.

‘Ari Footbaal Explorer’ merupakan satu rancangan Youtube yang memberi perkongsian informasi kepada penyokong Thailand untuk mereka menerokai mengenai budaya bola sepak di negara serantau. Menurut pihak Ari Football, Kelab Bolasepak JDT menjadi satu-satunya kelab di Malaysia dalam pilihan mereka atas kejayaan serta pencapaian di dalam dan luar padang JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="103300"]