JOHOR DARUL TA’ZIM ACADEMY ENJOYS SUCCESSFUL SEASON IN 2018

Besides having a good first team, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have never shirked their responsibility in grassroots football development. Teams at the academy level are important because they help produce young talented players for the senior team.

Looking at the JDT Academy teams for the 2018 season, there are six JDT Academy teams starting from U12, U13, U14, U15, U17 and U19 that have been provided with proper training and sent to compete at local and international tournaments.

The JDT Academy teams have won various tournaments they have entered. This is something positive because every team competing under the JDT name uses a playing style that is identical and in line with the first team.

Besides being exposed to the professionalism aspect of modern footballers, they have also been given opportunities to train in a well-equipped and advanced training centre. This in turn will improve the young players’ spirits and instill a winning mentality that is the core of every JDT player.

With the exposure and success enjoyed by the JDT Academy squads, JDT will not be short of new talents and the JDT Academy players are clear on their direction of a better future in wearing the red and blue jersey. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

AKADEMI JOHOR DARUL TA’ZIM TUAI HASIL MEMBERANGSANGKAN MUSIM 2018

Selain mempunyai pasukan utama yang baik, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak pernah mengabaikan pembangunan di peringkat akar umbi. Pasukan-pasukan di peringkat akademi ini penting kerana ia akan menjadi kilang yang melahirkan bakat-bakat muda yang bakal diserap ke pasukan senior.

Jika dilihat kepada rekod pasukan Akademi JDT untuk musim 2018 ini, terdapat enam pasukan Akademi JDT bermula dari B12, B13, B14, B15, B17 dan juga B19 yang diberi latihan khusus serta dihantar bertanding dalam kejohanan tempatan serta antarabangsa.

Pasukan Akademi JDT ini juga sudah mula menjuarai beberapa kejohanan yang disertai. Perkara ini dilihat sebagai perkara positif kerana semua kelab yang bernaung di bawah nama JDT mempraktikkan corak permainan yang sama dan selaras dengan pasukan utama.

Selain didedahkan kepada sikap profesionalisme pemain bola sepak moden, mereka turut diberi peluang untuk berlatih di pusat latihan serba lengkap dan canggih. Ini akan menaikkan semangat para pemain muda ini sekaligus menerapkan “winning mentality” yang menjadi asas kepada setiap pemain JDT.

Dengan pendedahan dan kejayaan yang dicapai skuad Akademi JDT ini, JDT tidak akan ketandusan bakat baharu dan pemain Akademi JDT juga sudah jelas akan hala tuju mereka untuk masa hadapan yang lebih gemilang menyarung jersi merah biru. Luaskan Kuasamu Johor.

 

[related_post themes="flat" id="114611"]