JOHOR DARUL TA’ZIM FC’S BIG MISSION FOR THE 2019 SEASON

With the start of preseason training yesterday, Johor Darul Ta’zim FC’s main focus now is to prepare for the 2019 season. Besides preparing the team to be stronger, JDT will face a big mission next season and create history when they play in the AFC Champions League group stage.

Defending the Charity Cup and winning the Malaysian Super League and two more domestic trophies are surely among JDT’s main focus for next year. It is important for JDT to defend the league title because it is an automatic ticket to the AFC Champions League 2020 and it will improve their standing record of winning the title for six consecutive times.

Other than the domestic trophies under their belt, JDT has their own objective at the Asian level when they compete for the first time in the AFC Champions League and surely it will not be just to complete in the fixtures but to challenge the football standard at Asia’s highest level. This main mission has been made clear by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, to all JDT players and fans for a long time and will now be seen through to the end.

Now the time has come and let us all await the 2019 season and hope that JDT can achieve success in this objective and take the club’s name to a highest level. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

MISI BESAR KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM UNTUK MUSIM 2019

Dengan bermulanya latihan pra-musim semalam, fokus utama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kini terarah kepada persiapan menghadapi musim 2019. Selain mempersiapkan pasukan yang lebih mantap, JDT akan tampil dengan misi besar untuk musim hadapan serta akan menempa sejarah tersendiri apabila bakal bertanding di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Mempertahankan Piala Sumbangsih, memenangi kejuaraan Liga Super Malaysia serta dua lagi piala domestik sudah pasti menjadi antara misi JDT pada tahun hadapan. Adalah penting untuk JDT mempertahankan kejuaraan liga kerana ianya akan menjadi tiket automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2020 dan juga melebarkan rekod kepada enam kali menang secara berturut-turut.

Selain piala domestik, JDT juga mempunyai misi tersendiri di peringkat Asia apabila muncul buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara AFC dan pastinya bukan sekadar pelengkap pasukan tetapi mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia. Misi besar ini dikongsikan dengan jelas oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada semua pemain dan juga penyokong JDT sejak dahulu lagi.

Kini masanya sudah tiba dan sama-sama kita nantikan musim 2019 serta harapan agar JDT berjaya mencapai kejayaan dalam misi besar ini dan membawa nama kelab ke aras yang lebih tinggi. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114682"]