JOHOR DARUL TA’ZIM FC’S SUCCESS ON AND OFF THE PITCH ATTRACTS GLOBAL ATTENTION

The existence and transformation of the ever progressive Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have attracted global attention from all corners of the world that previously did not take notice of the Malaysian football scene. With the impressive and fast-paced success, JDT are seen as being in a class of its own.

The efforts of the JDT management with HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, in providing the best facilities and infrastructure have attracted global attention and interest. It has coincided with JDT’s on-pitch achievements since the mega revolution in 2013.

Manchester City medical consultant Dr. Juan Manuel Boffa was also present to check out all the facilities built and he claimed that JDT are a good and complete club. The good relationships at a global level now sees JDT being recognised as a small club with a big potential in the football world. 

In addition, world football legends have been invited to come to Johor for a charity match at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin. Clearly, JDT have successfully become a pioneer and a value-adding asset of the Malaysian football league. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEJAYAAN DI DALAM DAN LUAR PADANG KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM BUKA MATA DUNIA 

Kewujudan dan transformasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang progresif berjaya membuka mata dunia yang sebelum ini langsung tidak mengambil tahu perkembangan bola sepak Malaysia. Dengan kejayaan-kejayaan yang begitu impresif dan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat, JDT dilihat kini berada dalam kelas yang berlainan.

Usaha pengurusan JDT bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam membangunkan fasiliti dan infrastruktur yang lengkap telah berjaya menarik minat dan perhatian dunia. Ia seiring dengan kejayaan yang dicapai oleh JDT di dalam padang sejak bermulanya revolusi mega pada 2013.

Konsultan perubatan Manchester City, Dr. Juan Manuel Boffa turut hadir untuk meninjau segala fasiliti yang telah dibina dan beliau juga mengakui bahawa JDT merupakan sebuah kelab yang bagus dan lengkap. Jalinan hubungan baik di peringkat global menyaksikan JDT kini diiktiraf sebagai sebuah kelab kecil yang berpotensi besar dalam dunia bola sepak. 

Tambah menarik, legenda-legenda dunia telah berjaya diundang untuk beraksi di bumi Johor dalam perlawanan amal yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Jelaslah, sesungguhnya JDT berjaya menjadi pencetus kemajuan dan penambah nilai liga bola sepak Malaysia. Luaskan Kuasamu Johor.


[related_post themes="flat" id="119998"]