JOHOR DARUL TA’ZIM WILL GIVE ITS FULL ATTENTION TO TONIGHT’S GAME

For the Super League, the players have been playing good football. We have won several matches. We only lost to Kuala Lumpur, but what’s important is that we turn our focus on tonight’s match against Terengganu.

Terengganu are a strong team. They have several very good players and this will surely be a tough match. However, I have high confidence in my players. They are currently in good condition because some of them have got enough rest since the recent match against Tampines Rovers.

So, I feel we have a chance to win the match and bring home three important points. We carry the name of Johor Darul Ta’zim, which is a big club, and we need to have the winner’s mentality. We will try to win the three points by playing a good brand of football.

For the FA Cup match against UiTM, I’m optimistic about winning the game. We need to win all games even if we know it will be difficult. I look at it like a final because it will determine weather we go to the next round.

One thing for sure is that any match we play in is difficult because the opponents’ mentality is to win when playing against JDT because JDT are a big club. It is like a motivation for them when facing us.

Regardless, our players know the situation and will always try their best in any matches. JDT’s mentality of always desiring victories is very important.

Raul Longhi, Johor Darul Ta’zim FC Coach

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

PARA PEMAIN JOHOR DARUL TA’ZIM AKAN MEMBERIKAN LEBIH TUMPUAN DALAM PERLAWANAN MALAM INI

Untuk saingan Liga Super, para pemain telah mempamerkan aksi permainan bola sepak yang baik. Kami juga telah berjaya memenangi beberapa perlawanan sebelum ini. Kami hanya tewas kepada Kuala Lumpur namun apa yang penting adalah kami perlu memberi tumpuan kepada perlawanan pada malam ini iaitu perlawanan bertemu pasukan Terengganu.

Pasukan Terengganu merupakan sebuah pasukan yang kuat. Mereka mempunyai beberapa pemain yang amat bagus dan ini semestinya akan menjadi satu perlawanan yang sukar. Walaubagaimanapun, saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap para pemain saya. Mereka kini berada dalam keadaan yang baik kerana beberapa pemain telah mempunyai rehat yang secukupnya sejak perlawanan bertemu pasukan Tampines Rovers baru-baru ini.

Oleh itu, saya merasakan kami mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini seterusnya membawa pulang tiga mata berharga. Kami membawa nama Johor Darul Ta’zim iaitu sebuah kelab yang besar dan kami perlu mempunyai ‘Winner’s Mentality’. Kami akan cuba untuk memenangi tiga mata dengan memberikan aksi perlawanan yang mantap.

Mengenai perlawanan Piala FA bertemu pasukan UiTM, saya optimis untuk memenangi perlawanan tersebut. Kami perlu menang dalam kesemua perlawanan, walaupun kami tahu ia perlawanan yang sukar. Saya ibaratkan perlawanan tersebut seperti perlawanan akhir kerana ia penentu untuk ke peringkat seterusnya.

Apa yang pasti adalah apa sahaja perlawanan yang kami harungi adalah perlawanan yang sukar kerana mentaliti pasukan lawan adalah mahu menang ketika menentang JDT kerana JDT merupakan sebuah kelab yang besar. Ia bagaimanapun boleh diibaratkan seperti motivasi bagi mereka ketika bertemu dengan kami.

Namun apa pun, para pemain kami tahu situasi ini dan sentiasa cuba sehabis baik dalam mana-mana perlawanan. Mentaliti JDT yang sentiasa mahukan kemenangan adalah sangat penting.

Raul Longhi, Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

[related_post themes="flat" id="107685"]