KASHIMA ANTLERS AMONG POTENTIAL TEAMS IN AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP E

Japanese club Kashima Antlers have finished third in the J1 League and will play in the Playoff East 3.4 round, making them one of the potential clubs to compete in Group E of the AFC Champions League 2019.

The club, who are also the AFC Champions League 2018 winners, will try to defend their cup by waiting for the winners of Playoff East 2.4, which will be either Australia’s Newcastle Jets or the winners between Singapore’s Home United and the Indonesian Liga 1 champions. Kashima Antlers will advance to the group stage if they win their playoff match on 19 February 2019.

If they qualify for Group E, Kashima Antlers will begin their campaign against JDT at the Kashima Soccer Stadium on 5 March 2019 before meeting again at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin on 8 May 2019. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KASHIMA ANTLERS ANTARA CALON KELAB DALAM KUMPULAN E LIGA JUARA-JUARA AFC

Kelab Kashima Antlers dari Jepun mengesahkan tempat ketiga di Liga 1 Jepun dan akan bertanding di peringkat ‘Playoff East 3.4’ sekaligus berpeluang menjadi salah satu kelab yang akan bertanding dalam kumpulan E Liga Juara-Juara AFC 2019.

Kelab Kashima yang juga juara Liga Juara-Juara AFC 2018 akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka dengan menunggu pemenang “Playoff East 2.4” sama ada Newcastle Jets dari Australia atau pemenang antara wakil Singapura, Home United dan Juara Liga 1 Indonesia. Kashima Antlers akan mara ke peringkat kumpulan jika berjaya memenangi perlawanan “playoff” yang akan berlangsung pada 19 Februari 2019.

Jika layak ke kumpulan E, Kashima Antlers akan membuka tirai saingan bertemu JDT di Kashima Soccer Stadium pada 5 Mac 2019 sebelum bertemu semula di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada 8 Mei 2019. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114711"]