KNEECAP INJURIES

For footballers, kneecaps are crucial in protecting internal organs from getting injured. However, kneecaps can suffer injuries, especially on hard impact.

If there is any injury to your kneecaps, consult a doctor immediately to find the cause and receive proper treatment.

Here are kneecap injuries often experienced by footballers.

1. DISLOCATED PATELLAR

Due to heavy impact from the side, a kneecap can be dislocated. When this happens, the knee can’t bend. The kneecap can be slid back to its original position and the player is advised to rest for 2 weeks. This is because the kneecap can be dislocated again if the player plays during this period.

2. PATELLA FRACTURE

A kneecap can break if it suffers a heavy impact from the front. X-ray scans are sufficient to identify the injury. If the injury is serious, the doctor will advise advice a surgery. There are cases of the kneecap not forming fully during adolescence and this is often mistaken for patella fractures. This condition is called bipartite patella.

3. CARTILAGE INJURY

At the back of a kneecap is a cartilage that prevents impact from affecting the knee joints directly. This cartilage can suffer fractures and cause pain. The right treatment for it is called a cartilage repair involving an arthroscope.

This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KECEDERAAN TEMPURUNG LUTUT

Bagi pemain bola sepak, tempurung lutut sangat penting sebagai benteng pertahanan yang akan menjaga organ dalaman dari tercedera. Walaubagaimanapun, tempurung lutut tidak lari dari kecederaan terutama sekali apabila dihentak dengan kuat.

Jika terdapat kecederaan di bahagian tempurung lutut, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca serta dapatkan rawatan yang sesuai.

Berikut adalah kecederaan yang sering dialami oleh pemain bola sepak di bahagian tempurung lutut.

1. TEMPURUNG LUTUT YANG BERALIH (Dislocated Patellar)

Disebabkan hentakan yang kuat dari arah sisi, tempurung lutut boleh beralih. Bila ini terjadi, lutut tidak boleh membengkok. Tempurung lutut boleh dimasukkan ke kedudukan asal dan pemain dinasihatkan untuk berehat selama 2 minggu. Ini kerana dalam tempoh ini tempurung lutut boleh beralih sekali lagi jika pemain bermain semula.

2. PATAH TEMPURUNG LUTUT (Patella Fracture)

Tempurung lutut boleh patah jika hentakan yang sangat kuat dari arah depan. Imbasan X-ray sudah memadai untuk mengenal pasti kecederaan ini. Jika kecederaan serius, doktor akan menasihatkan untuk melakukan pembedahan. Ada tempurung lutut yang gagal membentuk dengan sempurna sejak kecil dan ia sering tersalah dengan tempurung lutut yang telah patah. Keadaan ini dipanggil ‘Bipartite Patella’.

3. KECEDERAAN TULANG RAWAN (Cartilage Injury)

Dibahagian belakang tempurung lutut terdapat tulang rawan yang bertindak untuk mengawal hentakan dari terkena terus kepada sendi lutut. Tulang rawan ini boleh mengalami keretakan dan mendatangkan kesakitan. Rawatannya adalah ‘cartilage repair’ dengan menggunakan ‘arthroscope’.

Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121879"]