KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM – ANTARA ELEMEN PENTING KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Bola sepak moden kini memerlukan satu elemen baru yang masih dianggap remeh oleh kebanyakan pasukan. Elemen ini adalah komunikasi dan Perhubungan Awam (PR). Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah antara kelab yang menitikberatkan elemen ini.

JDT mewujudkan laman sosial sendiri dan menjadikannya halaman rasmi sebagai platform menyalurkan maklumat dan membuat hebahan awam kepada para penyokong.

Hebahan tentang apa yang berlaku di dalam dan di luar padang perlu dilakukan untuk memastikan penyokong tahu hala tuju dan perancangan kelab. Ini sekaligus akan mengurangkan berita tidak tepat dari laman-laman tidak rasmi.

Di JDT juga segala berita tidak rasmi akan dijawab oleh Pengarah Teknikal sekaligus mengurangkan desas-desus atau spekulasi yang melanda kelab. Penyokong juga akan lebih tenang dan dapat mengawal emosi mereka.

Bukan hanya hebahan dalam bentuk PR, tetapi segala aktiviti yang dilakukan kelab akan dikhabarkan. Malah, segala info perlawanan, statistik pemain serta aktiviti hari perlawanan akan diwar-warkan menerusi laman rasmi ini.

Pemilik pasukan, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga mempunyai kebolehan PR yang bagus. Baginda sendiri akan mengadakan sesi bertemu penyokong dan menjawab segala perkara yang mungkin mengganggu fikiran penyokong.

Melalui PR juga nama kelab akan terpelihara daripada kecaman dan fitnah yang sering digunakan oleh ‘cyber troopers’ untuk memecahbelahkan penyokong. Kelab akan lebih cepat menutup sesuatu spekulasi dan menimbulkan nilai positif dalam pasukan.

Jelaslah kini, melalui hebahan dan perhubungan awam, JDT mampu menjadi kelab yang mudah didekati penyokong. Segala info berada di hujung jari dan media massa juga memetik artikel dari laman rasmi kelab sebagai tanda kredibiliti dan kebolehpercayaan. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="114305"]