LANGKAH KANAN BUAT HARIMAU SELATAN

Langkah kanan. Keputusan positif di tempat lawan. Kelebihan satu gol dijadikan bekalan. Untuk dibawa ke minggu hadapan.

Sebelum bermulanya perlawanan, memang kelihatan kuatnya kemahuan Harimau Selatan, walaupun sedar dengan betapa tingginya reputasi pasukan yang bakal dilawan, namun meneruskan kemaraan adalah misi yang perlu menjadi keutamaan. 

Apapun terjadi, rumah mereka harus ditawan, apapun berlaku, keyakinan mereka seratus peratus perlu diruntuhkan.

“Motivasi pencetus inspirasi”

Satu hari sebelum hari perlawanan, motivasi dan kata semangat telah Tunku suntikkan, menjadi multivitamin untuk menjana keyakinan, kepada pemain, jurulatih juga pengurusan, supaya kekal fokus malah konsisten untuk mencapai keputusan memberangsangkan.

Kata-kata semangat itu menjadi pelonjak prestasi, maka dibawa sebagai alteratif multifungsi, hati yang gusar tiada lagi rasa sangsi, malah bercambah kepercayaan diri dan juga efikasi.

“Hari perlawanan”

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam gelanggang, gegak gempita bagai dirasuk jeritan penyokong mereka berkumandang, putih hitam berselang, kelibat bagai penyu perang, bersiap sedia untuk melayan armada si belang, yang nampak garang datang bertandang. 

Dari Farizal hingga ke gandingan tiga serangkai tenaga kumulatif, kemas posisi, taktikal lancar jentera bergerak aktif, bertali arus asakan ke kubu lawan jelas produktif, akhirnya taktikal Jonah Lomu penyu guna secara impulsif.

Mereka tiada pilihan alternatif, hanya bertahan dengan agresif, semakin lama semakin pasif, jelas semangat tuan rumah luntur dengan impresif. 

Harimau Selatan kekal bertenaga dan terus berusaha, lalu berhasil apabila Diogo menjaringkan gol di minit kedua puluh dua, maka keegoan putih hitam sedikit demi sedikit mula menipis, akhirnya kita pula pulang dengan membawa kemenangan tipis.

Seperti bacaan indeks pencemaran udara yang begitu mengusarkan, keputusan ini telah menjadikan segelintir penyokong tuan rumah tidak keruan, sorakan gembira telah berubah kepada tonasi ketakutan, hingga menganggu konsentrasi menyaksikan pertembungan. Laluan mereka semakin sulit, peluang dirasakan semakin rumit.

Akhir kalam,

Bola itu bulat. Realitinya kedudukan ini belum selamat. Usaha perlu berlipat kali ganda harus diperhebat. Supaya direalisasikan segala matlamat.

Maka dengan itu, perlawanan timbal balik yang akan datang, pengurusan, pemain dan penyokong perlu sama-sama berjuang, ikatan ini harus kuat sempurna berkekalan, kerana ini adalah kunci utama untuk kita meneruskan kemaraan, kelak pastikan rumah kita akan dipenuhkan, jangan biar sepi bagai tiada bertuan.

Masih ada sembilan puluh minit yang perlu dipertahankan, dua puluh lapan haribulan, di Larkin bakal jadi penentuan. Harus dipastikan yang bertandang akan lemas abortif dibelenggu klaustrofobia, semoga sorakan Larkin akan buat penyu gelisah bagai terperangkap dalam kubikel kaca.

Pertahankan kelebihan itu Merah Biruku!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="121694"]