MALAM PESTA REUNIFIKASI MERAH BIRU

Dongaklah kepala, pandanglah kehadapan, lihat cahaya terang mengiringi perjalanan, malam ini mutlak kita raikan kejayaan, kemaraan kita membuat penyu menangis meratap kempunan. Betapa lebih enam belas ribu menyaksikan dengan jelas, Harimau Selatan berada dalam perbezaan taraf dan kelas, kita tewaskan mereka tanpa belas, pasti luka itu kritikal parah berbekas.

Di sini tidak kelihat bola melambung-lambung bagai tiada graviti seperti dibulan, kerana di sini sempurna dataran umpama epal sebelas dalam buatan, gerakan amat lancar sejak dari bermula tiupan wisel permulaan, navigasi mencari jaringan, pelawat derita menahan asakan demi asakan.

Seakan nampak berhasil segala yang diusahakan, minit keenam belas hasil gol penalti Cabrera jaringkan, bagai multivitamin gol pendahuluan jadi sumber kekuatan, minit kedua puluh dua dan ketiga puluh enam, gol berganda Safawi Rasid beri si Penyu buah tangan, tiga minit berselang Cabrera sekali lagi menambah kelebihan, menjadi petanda bahawa malam ini adalah malam pesta Harimau Selatan.

Seperti tidak mahu kelihatan seperti terlalu kejam sebagai dogma, satu gol saguhati Harimau Selatan ikhlas beri sesungguhnya bukannya stigma, sembilan puluh minit tamat, maka gegak gempita sorakan Larkin gamat bergema, meraikan kemeriahan, kemaraan mutlak kita ke peringkat seterusnya.

Kemenangan kita julang, kekecewaan mereka bawa pulang, ruang peluang terus terbentang, sekali lagi sorakan Larkin bakal berkumandang. Kita jumpa kembali di separuh akhir, di rumah ini buat kali terakhir.

Akhir kalam,

Pengurusan, pemain dan penyokong saling memerlukan, ikatan ini harus terus berkekalan, kerana penyokong pemain lebih bersemangat untuk berjuang, kerana penyokong empayar ini tidak akan bergoyang.

Di stadium ini kita bina semula semangat yang telah hilang. Di stadium ini kita perbaiki semula hubungan yang renggang. Kita putihkan segala titik hitam dalam pandangan, supaya ukhuwah berkekalan tiada pengakhiran.

Alhamdullilah,
Kita berjaya ke separuh akhir!

“Kita mempunyai impian yang lebih bernilai daripada berterusan dibuai tidur. Beranikan diri untuk berusaha mencapai apa yang kita benar-benar inginkan. Gagahkan diri untuk mengangkat antara kita dan bersama-sama melangkah ke hadapan”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="121812"]