MARKETING EXPERTISE GENERATES INCOME FOR JOHOR DARUL TA’ZIM FC

The system of the Johor Darul Ta’zim FC (JDT) management has been successfully transformed by HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, to be on par with some of the best clubs in Asia when the system of other clubs in the country is still at a conventional level.

JDT have also made full use of the power of commercial values as HRH Crown Prince of Johor has created a team within the organisation that has marketing skills to generate their own income.

With the marketing expertise, JDT have moved ahead in terms of branding and merchandising. The organisation has successfully secured exclusive rights in team jersey sales.

Interestingly, HRH Crown Prince of Johor and the marketing unit have exploited every medium available to generate income through publicity. The sponsorship of the JDT jersey is an advertising medium that has a commercial value and is highly sought after by sponsors.

JDT are also a football team with a long-term vision by signing long-term sponsorship deals to ensure the continuity of these partnerships bear fruits and have an impact on the organisation in the future. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KEPAKARAN BIDANG PEMASARAN MENJANA PENDAPATAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Sistem pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya ditransformasikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hingga berada setaraf dikalangan kelab-kelab terbaik Asia di saat sistem pengurusan pasukan-pasukan liga tanah air masih di tahap konvensional.

JDT juga berjaya menggunakan kuasa nilai komersial setelah DYAM Tunku Mahkota Johor bertindak mewujudkan satu pasukan didalam organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran untuk menjana pendapatan sendiri.

Dengan adanya kepakaran dalam bidang pemasaran, JDT telah melangkah kehadapan dalam penjenamaan dan ‘merchandising’. Organisasi berjaya memiliki hak mutlak penjualan jersi pasukan dan hak eksklusif penjualan jersi.

Perkara paling menarik, DYAM Tunku Mahkota Johor bersama unit pemasaran berjaya mengeksploitasi setiap medium yang ada untuk menjana pendapatan melalui publisiti. Penajaan di jersi JDT adalah medium iklan yang mempunyai nilai komersil dan menjadi rebutan para penaja.

JDT juga merupakan sebuah pasukan bola sepak yang berpandangan jauh dengan memeterai perjanjian jangka masa panjang penajaan supaya kesinambungan kerjasama bakal membuahkan sesuatu hasil dan impak bagi organisasi kelak. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114402"]