MATCH REVIEW: 2017 MALAYSIAN SUPER LEAGUE | JDT VS FELDA UNITED

Johor Darul Ta’zim FC’s (JDT) second Malaysian Super League on January 27th 2017 saw Benjamin Mora’s squad face Azmi Mohamed’s Felda United. Tactical changes were made after getting only a draw in the previous game, which secured a delightful result as the Southern Tigers won 3-1 at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin. With all four foreign players in the starting line-up, it immediately showed JDT were gunning for victory against Felda United.

The opening goal in the 22nd minute scored by the visitors through Norshahrul Idlan Talaha stunned the home side, but the game was made all square by Fadhli Shas in the 26th minute. JDT continued to dominate the game with several close chances being created, and it finally became fruitful in the 61st minute when Gonzalo Cabrera scored JDT’s second goal, before Brian Ferreira widened the gap with the third goal in the 64th minute. In front of a 18,320-strong crowd, Benjamin Mora’s tactics and strategy as well as the JDT players’ hard work gave the home side a well-deserved three points. Luaskan Kuasamu Johor.

Visit our gallery to check out some of the exciting pictures taken during the match.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

LIGA SUPER MALAYSIA 2017 | JDT VS FELDA UNITED

Perlawanan kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super Malaysia pada 27hb Januari 2017 menyaksikan pertembungan skuad kendalian Benjamin Mora menentang Felda United yang dipimpin oleh Azmi Mohamed selaku ketua jurulatih. Percaturan berbeza kali ini selepas sekadar seri pada perlawanan lalu berjaya membuahkan hasil yang menggembirakan apabila skuad Harimau Selatan berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Membariskan kesemua pemain import dalam kesebelasan utama, jelas membuktikan JDT benar-benar mahukan kemenangan ke atas Felda United.

Jaringan pembukaan pada minit ke-22 pasukan pelawat oleh Norshahrul Idlan Talaha menyentak skuad tuan rumah namun kedudukan berjaya disamakan oleh Fadhli Shas pada minit ke-26. JDT lebih mendominasi perlawanan dengan banyak peluang menarik dan peluang akhirnya terbuka pada minit ke-61 apabila Gonzalo Cabrera menjaringkan gol kedua manakala Brian Ferreira pula menambah luka pelawat apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke 64. Disaksikan seramai 18,320 penyokong yang hadir, taktikal serta percaturan Benjamin Mora kali ini serta kesungguhan para pemain JDT yang jelas bermain dengan cukup berkesan, berjaya memberikan tiga mata buat pasukan tuan rumah. Luaskan Kuasamu Johor.

Layari http://johorsoutherntigers.com.my/msl-2017-jdt-3-vs-1-feld…/ untuk aksi-aksi menarik yang telah dirakamkan sepanjang perlawanan.

[related_post themes="flat" id="90874"]