MATCH REVIEW: JDT FC VS SARAWAK FA

 

The 2017 Super League match between Johor Darul Ta’zim (JDT) and Sarawak at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin on July 15th 2017. Ulisses Morais clearly put together JDT’s strongest line-up by fielding all foreign players in the match. JDT opened the scoring in the 11th minute through a smart move from Gabriel Guerra who got past the Sarawak defence and fed the ball to Mohammed Ghaddar to blast the ball into the goal.

The match got exciting with several dangerous attempts made by JDT’s attacking front but the visitors did not give up in finding the equaliser. JDT almost increased their lead but their attempts flew past the bar. Izham Tarmizi’s reflexes helped prevent JDT from conceding to ensure the score remained at 1-0 at half time.

Once again another chance fell to JDT in front of 10,126 spectators when Gonzalo Cabrera got past the defence and almost scored but it was saved by Sarawak goalkeeper Aidil Mohamad. A minute later in the 57th minute, Natxo Insa tried his luck but his attempt was read by the goalkeeper. Sarawak equalised when Mohd Sahil Suhaimi won the ball inside the penalty box and defeated Izham Tarmizi in the 63rd minute.

JDT were in front once again in the 75th minute when Safawi Rasid dribbled into the penalty box to set up Ghaddar to score again. Two minutes later Safawi Rasid turned scorer when he easily got past the goalkeeper after receiving the ball from Safiq Rahim from outside the penalty box. The game finished 3-1 in favour of JDT to collect three points from the game. Luaskan Kuasamu Johor.

Visit our gallery to check out some of the exciting pictures taken during the match.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

 

LIGA SUPER 2017 | JDT VS SARAWAK

Perlawanan Liga Super 2017 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sarawak telah berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 15hb Julai 2017. Ulisses Morais jelas mempertaruhkan barisan terkuat JDT apabila menurunkan kesemua pemain luar negara dalam perlawanan ini. JDT membuka jaringan seawal minit ke-11 berpunca dari kelicikan Gabriel Guerra melepasi pertahanan Sarawak dan memberikan bola untuk disempurnakan oleh Mohammed Ghaddar melalui rembatan deras ke arah pintu gol lawan.

Perlawanan semakin menarik dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan oleh barisan serangan JDT namun pasukan pelawat juga tidak mengalah dalam usaha mencari gol penyamaan. JDT hampir menambah jaringan namun banyak percubaan sekadar melewati palang. Kecekapan Izham Tarmizi turut banyak membantu memyelamatkan gawang JDT dari dibolosi menyaksikan kedudukan kekal 1-0 hingga tamat separuh masa pertama.

Sekali lagi peluang hadir buat JDT dihadapan kehadiran seramai 10,126 penonton apabila Gonzalo Cabrera yang berjaya melepasi benteng pertahanan hampir menjaringkan gol namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sarawak, Aidil Mohamad. Seminit selepas itu iaitu pada minit ke-57, Natxo Insa pula mencuba nasib namun percubaan beliau dapat dijangka oleh penjaga gol. Pasukan Sarawak menyamakan kedudukan apabila Mohd Sahil Suhaimi berjaya dalam perebutan bola di dalam kotak penalti sekaligus menewaskan Izham Tarmizi pada minit ke-63.

JDT sekali lagi berada dihadapan pada minit ke-75 apabila Safawi Rasid yang berjaya membawa bola ke kawasan kotak penalti bijak melorongkan bola kepada Ghaddar yang terus merembat membolosi gawang Sarawak. Dua minit kemudian peluang Safawi Rasid pula melakar nama selaku penjaring apabila beliau mudah menggelecek penjaga gol selepas menerima bola hantaran Safiq Rahim dari luar kotak penalti. Perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak kepada JDT sekaligus berjaya memungut tiga mata berharga dalam perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

—–

[related_post themes="flat" id="100986"]