MERAH BIRU! KEMBALIKAN SEMANGAT ITU!

Perjalanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim amat istimewa. Dari awal kewujudan hingga bergelar enam kali juara. Rasionalnya dengan hanya menyebut nama JDT, ramai yang paranoia. Dengar sahaja nama ini, ada yang serta merta lemah hypothermia.

Itu adalah realiti. Realiti yang tidak akan mungkin terbalik dalam rotasi. Lebih enam tahun tidak berubah keadaan dan situasi. Tidak pernah diam walaupun sesaat untuk revisi. Namun, Harimau Selatan tetap gah bertakhta mendominasi. Tidak pernah berhenti, sentiasa menujah laju lancar bertukar transmisi. 

“Penyokong”

Penyokong adalah entiti unggul dalam era pascakebangkitan Harimau Selatan. Kerana penyokong, perjalanan ini mempunyai arah tujuan. 

Pada perspektif pandangan Tunku yang penuh akurasi, penyokong adalah nombor satu dalam carta organisasi. Jika tiada penyokong, tidak bermakna sebuah impian yang menjadi kenyataan. Tanpa penyokong, ke manakah lagi kejayaan ini harus dideklamasikan?

Dalam konteks definisi Keluarga JDT yang terorganisasi, penyatuan yang wujud dan saling berhubungan tiada isolasi. Ranting yang saling bercantum di pokok berakar tunjang. Sekiranya patah salah satu ranting, maka keluarga ini akan bergoyang. Hakikatnya pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain dan penyokong saling memerlukan. Ini adalah kebenaran, tiada siapa dapat memisahkan.

“Proposisi jati diri”

Jika ada kesilapan, sama-sama kita betulkan. Jika ada yang jatuh, sama-sama kita tolong bangunkan. Jangan terlalu leka mencari kesalahan. Hingga tidak sedar corak garis lengkung punca keretakan. Tunku, jurulatih dan pemain adalah manusia normal yang mempunyai rasa kecil hati, masygul dalam emosional. 

Hanya kepada penyokong sendiri tempat terakhir untuk mengadu. Pilihan terbaik untuk semangat yang pudar kembali diseru. Dari sisi penyokong pula, Tunku faham kita juga mempunyai masalah, kerana itu perlu dikejut sebelum masalah berubah menjadi barah. 

Maka dengan itu, sedaya upaya kita bakar semula semangat di restriksi, rembes adrenalin untuk memicu reaksi, kita kembalikan gema suara memecah galaksi, stadium keramat ini harus gah atas paksi.

Stadium Larkin berhak diberi semula ‘cahaya’. Jangan biarkan ia lemah tidak berdaya. Jangan kita tamatkan hikayat Larkin dengan kecacatan, kita kembalikan semula garangnya ngauman.

Kembalikan, ayuh kita kembalikan!

“Bebanmu akan berat. Jiwamu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu”- Hamka

Akhir kalam, kita harus sentiasa menjadi pendorong, sentiasa dibelakang, jangan putus harapan untuk menyokong. Biarkan sahaja musuh dalam selimut terus menyebar dakyah merata-rata. Jangan dilayan yang iri hati menyemarakkan api dalam cerita. 

Teruskan fokus memberi sokongan yang sejati, jangan putus invokasi, kerana sokongan ini bukan bergred imitasi.

Larkin! Kami akan kembali. Pasti akan kembali!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="121036"]