NAZMI FAIZ IN ACL SPOTLIGHT

FOX Sports Asia picked out Johor Darul Ta’zim FC midfielder Nazmi Faiz Mansor as one to watch in the AFC Champions League group stage finale.

The Southern Tigers face Gyeongnam in the Republic of Korea, needing a win and a favourable result in the other group match to progress. JDT’s results in the competition thus far have caught attention and FOX Sports Asia were impressed by the growth shown by Nazmi at JDT this year.

According to FOX Sports, Nazmi is “starting to show that he can be a key figure in the JDT midfield” 

“Apart from trying to get JDT on the front foot with his obvious playmaking ability, Nazmi also offered plenty of energy and took the initiative to embark on a number of drives forward,” read the FOX Sports article.

The 24-year-old midfielder started four consecutive AFC Champions League matches after coming off the bench the club’s tournament debut against Kashima Antlers in Japan in March. Nazmi also provided the assist for Syafiq Ahmad’s historic winner against Kashima Antlers in the reverse fixture at Larkin a fortnight ago.

Read the full story here: https://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/afc-champions-league/1099408/afc-champions-league-2019-md6-player-to-watch-nazmi-faiz

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

NAZMI FAIZ DALAM PERHATIAN ACL

FOX Sports Asia telah memilih pemain tengah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor sebagai pemain untuk diberi perhatian dalam saingan akhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Harimau Selatan yang akan berhadapan Gyeongnam FC di Republik Korea memerlukan kemenangan dan keputusan yang memihak dari perlawanan lain dalam kumpulan ini untuk meneruskan perjalanan. Keputusan-keputusan yang telah diperolehi JDT dalam pertandingan setakat ini telah menarik perhatian dan FOX Sports Asia kagum dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh Nazmi di JDT pada tahun ini.

Menurut FOX Sports, Nazmi “mula memperlihatkan aksi bahawa beliau mampu menjadi pemain utama di bahagian tengah JDT”

“Selain kesungguhan untuk meletakkan JDT di hadapan dengan corak kreatif permainan beliau yang ketara, Nazmi juga telah mengerahkan begitu banyak tenaga dan mengambil inisiatif untuk melakukan banyak pergerakan ke hadapan,” menurut artikel FOX Sports.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu telah beraksi dalam empat perlawanan berturut-turut Liga Juara-Juara selepas tampil beraksi dari bangku simpanan ketika perlawanan pertama kelab menentang Kashima Antlers di Jepun pada bulan Mac. Nazmi turut menjadi pembantu kepada gol bersejarah Syafiq Ahmad yang melakarkan kemenangan ke atas Kashima Antlers pada pertembungan kedua antara dua pasukan tersebut di Larkin dua minggu lalu.

Layari artikel penuh di https://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/afc-champions-league/1099408/afc-champions-league-2019-md6-player-to-watch-nazmi-faiz

[related_post themes="flat" id="119476"]