NIKE’S AUTHENTIC AND REPLICA JERSEYS FOR 2019 JDT SEASON

Southern Tigers fans are eagerly awaiting the newly designed Johor Darul Ta’zim FC (JDT) 2019 jerseys, which will be launched on 12 January 2019.

For the 2019 season, JDT will only utilise the new Home and Away jerseys, which have been specially designed by the Nike headquarters in the United States of America. The same team of graphic designers also designed jerseys for Barcelona, Paris Saint-Germain and the Brazil national team. Additionally, Nike and the club’s management have decided to introduce two variants for the designs, the Authentic Jersey variant (Player Issue) and the Replica Jersey variant (Fans Issue).

The Player Issue jersey variant will feature the best design and material quality ever made for JDT by Nike, besides having a body fit cut. The latest technology by Nike will be featured and it is lighter for the comfort of the players. The Player Issue jersey variant priced at RM549 will be worn exclusively by the JDT main squad.

The second variant, the Fans Issue, is more towards meeting the demand and comfort of the fans. This variant will have a similar design to the Player Issue but will be different in terms of its technological features, stretchability and type of fabric, making it cheaper but nevertheless remains in quality. This variant will be sold at RM185, cheaper than the Player Issue variant.

To find out more about the designs, prices and sizes, let’s all attend the JDT 2019 Jersey Launch at Dataran Bandaraya Johor Bahru this Saturday, 12 January. Buy original merchandise as a proof of love and commitment to the club. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

JERSI AUTHENTIC DAN JERSI REPLIKA DARI NIKE UNTUK JDT MUSIM 2019

Penyokong Harimau Selatan pasti teruja menantikan rekaan terbaru jersi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim ini yang akan dilancarkan pada 12 Januari 2019.

Untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dari Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat. Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil. Tambahan lagi, Nike dan pihak pengurusan kelab telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua varian bagi rekaan kali ini iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).

Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit). Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rekaan, harga dan saiz, ayuh kita semua hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Jersi JDT 2019 yang akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu ini, 12 Januari. Belilah barangan original sebagai tanda sayang dan komitmen anda kepada kelab. Luaskan Kuasamu Johor. 

[related_post themes="flat" id="115053"]