NOTHING IS IMPOSSIBLE FOR JDT AHEAD OF THE LAST ACL GROUP STAGE MATCH

The Johor Darul Ta’zim FC (JDT) players begun their training sessions in Gyeongsangnam-do, Republic of Korea yesterday. Although the team have not had adequate rest due to a packed schedule, the coaching staff and players remain optimistic and determined on giving their best performance in the AFC Champions League match against Gyeongnam FC.

This last match of the group stage which is scheduled for 22nd of May, 2019 will be held at Changwon Football Center at 6.00pm (Malaysian time). Intensive training sessions are planned to increase the players’ stamina and fitness level in order to maintain consistency.

Based on the previous encounter against Gyeongam FC at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin on 12th March 2019 which ended in a 1-1 draw, the JDT coaching staff will surely have an effective formula to bring out in the ego-shattering mission against Gyeongnam FC on their home ground.

The entire JDT coaching staff and players will be persistent, work hard and remain positive in creating an upset and a new chapter in history in the AFC Champions League (ACL) Group E finale. Undoubtedly, impossible is not in the Southern Tigers’ vocabulary. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

TIADA YANG MUSTAHIL BUAT JDT MENJELANG PERLAWANAN TERAKHIR PERINGKAT KUMPULAN ACL

Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memulakan sesi latihan di Gyeongsangnam-do, Republik Korea semalam. Walaupun seluruh pasukan dilihat tidak mendapat rehat secukupnya rentetan jadual yang begitu padat, para barisan jurulatih dan pemain kekal optimis dan bersemangat untuk memberi aksi yang terbaik pada perlawanan Liga Juara-Juara AFC menentang Gyeongnam FC.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei 2019 ini akan diadakan di Changwon Football Center pada jam 6.00 petang (waktu Malaysia). Sesi latihan intensif turut diatur bagi mempertingkatkan stamina dan tahap kecergasan pemain agar konsistensi dapat dikekalkan. 

Berdasarkan pengalaman bertemu Gyeongnam FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 12 Mac 2019 yang berakhir dengan keputusan 1-1, sudah pasti barisan kejurulatihan JDT mempunyai formula ampuh untuk diterjemahkan dalam misi meragut keegoan Gyeongnam FC di halaman sendiri. 

Keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain JDT juga akan berusaha gigih, bekerja keras dan sentiasa positif untuk mencipta kejutan dan sejarah baharu dalam perlawanan penutup tirai Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi peringkat kumpulan E. Pastinya tiada istilah mustahil buat Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="119473"]