NUTRITIONAL VALUES FOR FOOTBALLERS WHEN CONSUMING FRUITS

Fruits have many nutritional benefits for the human body, especially for those who are actively involved in sports. We often see athletes eating fruits before or after a game to maintain their fitness levels. Some even turn fruits into juice. Each fruit has its own uniqueness.

Here are five types of fruits that are good for footballers and the benefits.

1. Bananas
Bananas are a good source of carbohydrates to provide instant energy for athletes. It can be consumed before and after a game or during breaks. Bananas are also high in potassium to prevent muscle spasms.

2. Watermelons
Watermelons have high citrulline. Citrulline is used by sports drink manufacturers to prevent muscle cramps. Its high water content also makes watermelon consumption one of the ways to replace water lost when playing sports.

3. Grapes
Grapes are high in antioxidants, which are very much needed to treat any tissue injury. It can speed up the process of a player’s injury recovery. Besides that, grapes have Vitamin K, which is useful to stop bleeding and reduce swelling caused by an injury.

4. Apples
Apples can improve the lungs’ function. For players with respiratory problems such as asthma, consuming apples can help improve the lungs’ function and thus enable the lungs to process oxygen more efficiently.

5. Papayas
Papayas are suitable to be consumed before a game. It has good enzymes for the digestive system and can prevent indigestion. In addition, papayas have a special content that can also help in managing anxiety issues during matchdays.

This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta’zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KHASIAT PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN BAGI PEMAIN BOLA SEPAK

Buah-buahan mempunyai banyak khasiat bagi tubuh manusia terutama sekali bagi mereka yang bergiat aktif di dalam sukan. Seringkali kita melihat para atlit mengambil buah-buahan sebelum atau selepas perlawanan untuk mengekalkan kecergasan mereka. Malah ada yang mengisar buah-buahan tersebut untuk dijadikan minuman. Setiap buah-buahan terdapat keistimewaannya yang tersendiri. 

Berikut adalah lima jenis buah-buahan yang baik untuk pemain bola sepak serta khasiat-khasiatnya.

1. Pisang
Pisang adalah sumber karbohidrat yang baik bagi membekalkan tenaga yang cepat kepada atlit. Ia boleh diambil sebelum dan selepas perlawanan, ataupun ketika waktu rehat. Pisang juga mengandungi potassium yang tinggi bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot.

2. Tembikai
Tembikai mempunyai citrulline yang tinggi. Citrulline ini telah digunakan oleh pengeluar minuman sukan bagi mengelakkan kekejangan otot. Kandungan air yang tinggi juga menjadikan pengambilan tembikai sebagai salah satu cara untuk menggantikan air yang telah hilang ketika bersukan. 

3. Anggur
Anggur mempunyai anti-oksida yang tinggi. Anti-oksida ini sangat diperlukan ketika terdapat kecederaan pada tisu. Ianya akan mempercepatkan proses pemulihan kecederaan bagi seseorang pemain. Selain dari itu, anggur mempunyai Vitamin K yang digunakan untuk memberhentikan pendarahan dan seterusnya mengurangkan bengkak akibat kecederaan.

4. Epal
Epal boleh meningkatkan fungsi paru-paru. Bagi pemain yang mempunyai masalah pernafasan seperti asthma, pengambilan buah epal dapat membantu fungsi paru-paru dan seterusnya membolehkan paru-paru memproses oksigen dengan lebih baik.

5. Betik
Betik sangat sesuai untuk diambil sebelum perlawanan. Ianya mempunyai enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengelakkan dari masalah makanan yang tidak cerna. Selain dari itu, kandungan istimewa yang terdapat pada betik juga dapat membantu mengatasai masalah kegelisahan pada hari perlawanan. 

Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121277"]