PAS BERMUSIM JDT- SATU KEBANGGAAN BUAT PENYOKONG TEGAR HARIMAU SELATAN

Memiliki pas bermusim boleh dianggap sebagai ganjaran kepada penyokong tegar Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia antara lambang prestij dan juga kesetiaan penyokong kepada kelab dan persatuan.

Musim 2019 bakal merupakan tahun terakhir pas bermusim dikeluarkan untuk Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Stadium yang menjadi saksi kebangkitan dan segala kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim.

Dengan terdapat harga bermula serendah RM400.00, ianya suatu kerugian buat peminat setia jika mereka gagal mendapatkannya. Semua perlawanan di tempat sendiri boleh ditonton tanpa perlu berebut dan beratur untuk mendapatkan tiket.

Apa yang lebih bagus adalah, tiket ke perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Larkin juga boleh digunapakai dengan pas bermusim ini. Inilah peluang untuk menyaksikan pasukan JDT bersaing dengan kelab-kelab hebat Asia di hadapan mata sendiri.

Selain tempat duduk yang tetap, pemegang pas bermusim juga diberi keutamaan untuk membeli tiket ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia jika JDT berjaya layak. Perkara ini dilihat sebagai satu penghargaan besar daripada kelab untuk peminat yang sering hadir ke stadium.

Pemegang pas bermusim 2019 juga secara langsung akan menerima jersi dan cenderahati eksklusif JDT yang asli. Bukankah ianya satu kebanggaan buat penyokong jika dapat menggunakan cenderahati tersebut yang melambangkan kesetiaan mereka kepada kelab.

Kepada pemegang pas bermusim sejak tahun-tahun terdahulu, ayuh kita sambung keahlian kita untuk tahun 2019. Kepada peminat lain yang berkemampuan, anda juga digalakkan untuk memohon demi mengelakkan kekecewaan di tahun hadapan.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

[related_post themes="flat" id="113304"]