PERSEVERANCE, PERSISTENCE AND DETERMINATION ACCOMPANIES JOHOR DARUL TA’ZIM’S EXCELLENCE

Johor Darul Ta’zim Football Club (JDT) is a club that has instilled perseverance, persistence and determination. With these three factors, this club holds firm to it’s objectives and direction since its inception.

1. PERSEVERANCE

Perseverance is the most important structure. Perseverance must be strongly rooted in the hearts of the JDT Family. The battle to strive for excellence is full of obstacles.

Every planned step will always face challenges, problems and tears. Only the strong will continue on the journey and achieve ultimate victory.

2. PERSISTENCE

Continuity of perseverance is persistence. With persistence, HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor has successfully made this family rise stronger everytime it falters.

His Royal Highness is always thinking positive, being an optimist, proactive and takes full responsibility without blaming the situation. His Royal Highness becomes even more persistent in realising the dream with each challenge that arises.

3. DETERMINATION

Determination is something tied closely to resistance. HRH Crown Prince of Johor has shown to all those that are watching that only with strong determination can the club move away of a small cubicle.

With determination and strong zeal, a paradigm shift was created. This paradigm shift is the principle that decides the direction of the club on it’s way to greatness.

HRH Crown Prince of Johor dared to challenge JDT to emerge out of it’s comfort zone, realising that there will always be criticism, cynicism for challenging the status quo, at every step on the way to change.

Yet with high determination, that paradigm shift has finally made JDT the best and remains the best.

“One Man. One Vision. One Team” – HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor.

Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

KETABAHAN, KEGIGIHAN DAN KEAZAMAN MENGIRINGI KEUNGGULAN JOHOR DARUL TA’ZIM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan sebuah kelab yang diterap dengan ketabahan, kegigihan dan keazaman. Dengan adanya tiga faktor tersebut, kelab ini sentiasa berpegang utuh kepada objektif dan tujuan sepanjang kewujudan.

1. KETABAHAN

Ketabahan adalah struktural yang paling utama. Ketabahan perlu kuat berpaksi di dalam setiap hati Keluarga JDT. Perjuangan menuju kejayaan ini umpama sebuah pengembaraan yang penuh dengan cabaran.

Setiap langkah yang di atur pasti akan berhadapan dengan dugaan, masalah dan kesedihan yang sentiasa menanti. Hanya yang mampu bertahan sahaja akan berjaya meneruskan perjalanan lalu meraikan kejayaan mutlak.

2. KEGIGIHAN

Kegigihan pula adalah kesinambungan dari ketabahan. Dengan kegigihan, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berjaya membuatkan seluruh keluarga ini segera bangkit setiap kali jiwa rapuh.

Baginda sentiasa berfikiran secara positif, optimis, proaktif dan bertanggungjawab penuh dengan apa yang berlaku tanpa menyalahkan keadaan. Dengan segala masalah yang berlaku, baginda semakin gigih untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan.

3. KEAZAMAN

Keazaman merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan kegigihan. DYAM Tunku Mahkota Johor telah menunjukkan kepada semua mata yang memerhati bahawa hanya dengan keazaman yang kuat mampu membawa kelab ini keluar dari kubikel yang sempit.

Dengan keazaman dan iltizam yang tinggi, anjakan paradigma berjaya terhasil. Anjakan paradigma merupakan prinsip yang menentukan perjalanan kelab ini menuju ke jalan kegemilangan.

DYAM Tunku Mahkota Johor berani memaksa JDT keluar daripada zon selesa, walaupun sedar pasti berlaku kecaman, pandangan sinis dan tercabarnya “status quo” pada setiap langkah awal perubahan.

Namun dengan keazaman yang tinggi, anjakan paradigma itulah akhirnya telah membuatkan JDT sentiasa menjadi yang terbaik dan masih kekal terbaik.

“One Man. One Vision. One Team” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="114359"]