PILAR CAHAYA DI LANGIT LARKIN

Malam itu, sungguh luar dari kebiasaan. Bagai supervolcano, Sorakan Larkin meletus menghimpit sepanjang perlawanan. Lebih dua puluh satu ribu orang telah hadir bersama-sama mengabadikan kenangan. Rumah keramat ini akhirnya dikunci dengan sebuah memori indah dan juga kemenangan.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turun beraksi dengan membawa segunung harapan. Tingginya harapan yang telah diletakkan, untuk mencapai sebaik-baik keputusan. Apa pun yang berlaku, setiap pemain perlu berjuang habis-habisan. Masa amat berharga dalam setiap waktu sepanjang minit perlawanan berjalan.

“Singkap daun, ambil buah”

Pertembungan ini bukanlah sekadar persaingan kemaraan ke pentas final Piala Malaysia. Berikutan beberapa isu kecil yang diputar-belitkan, ianya terus menjadi tumpuan oleh beberapa golongan manusia yang wujud di Malaysia. Lalu dijulang lagenda tiga puluh tiga menjadi wakalaf terbaru yang menggalas harapan menyingkirkan Harimau Selatan. Holistik supaya nisbah sakit hati mereka sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Begitu banyak mata-mata pula mengharapkan sesuatu mengejutkan akan berlaku. Navigasi status hangat terbaru untuk dimuat naik dalam muka buku.

Harimau Selatan hadir membawa maruah, misi dan visi sebagai bekalan. Umpama trisula senjata dibawa sepanjang jalan. Terapung sama kita hanyut, terendam sama kita basah, maka bermulalah pertembungan itu dengan kalimah agung ucapan “Bismillah”.

“Aritmetik sembilan puluh minit”

Harimau Selatan menyerang tanpa henti sejak bermula minit pertama perlawanan. Setiap posisi bergerak lancar dikoordinasi dalam perancangan. Tiada pilihan alternatif, hanya kemenangan jadi alteratif. Harimau Selatan perlu impulsif, untuk buat semangat lawan luntur dengan impresif.

Sembilan puluh minit tamat masa perlawanan. Keputusan dua satu kita bawa ke Shah Alam sebagai stimulasi keyakinan. Rasionalnya walaupun tipis tetaplah bersyukur bahawa obor perjuangan belum terpadam. Sekurang-kurangnya kelebihan ini berjaya juga membuatkan si batu api automatik terdiam.

Akhir kalam, JDT tetap konsisten dalam situasi mahu mencabar kejuaraan. Masih tidak tersasar dalam perjalanan. Masih tidak berubah dalam haluan. Setiap kesilapan kita betulkan jadikan pengajaran, mungkin yang terjadi itu ada hikmah sebagai peringatan.

Yang pasti, kita tidak akan sesekali memandang rendah tuan rumah yang menunggu kelak. Fokus utama menggapai kejayaan hakiki dan kemaraan mutlak. Pagi tidak dibuang maka senja tidak dikejar. Di rumah mereka nanti sedaya upaya kita tunjukkan mereka susur keluar.

“Semakin anda membenci, semakin kita bertambah kuat. Semakin anda cuba memecah-belahkan kita, lebih kita bersatu-padu. Semakin anda berniat buruk, lebih luas rahmat Allah kepada kita.” – DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll