PLENTY OF OPPORTUNITIES TO GROW AS A PLAYER AT JDT

Johor Darul Ta’zim FC provide equal opportunities to all players to strive for excellence. The presence of top facilities and expertise in the region at JDT, and the chance to train and play with the best players in the country will raise the standard of any determined player.

Growth of youngsters such as Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin and so on to the top of their game is a testament that JDT can aide talented players in realising their full potential.

Youngsters at JDT II such as Ramadhan Saifullah, Che Rashid Che Halim, Hasbullah Abu Bakar, Khairullah Halim and others also have good benchmarks to meet for their senior team aspirations. These youngsters regularly train with JDT and get match time with JDT II. The same can be said for JDT Academy teams from Under-12 to Under-21, all of whom have platforms to ease their progression to higher levels.

Players with plenty of determination, hardwork and desire to succeed have the perfect tools needed to achieve success and scale greater heights at JDT. It is the survival of the fittest at JDT and the Southern Tigers are proud to have engrained that. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

TERDAPAT BANYAK PELUANG UNTUK BERKEMBANG SELAKU PEMAIN DI JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menyediakan peluang sama rata kepada semua pemain untuk berusaha mencapai kecemerlangan. Dengan adanya kemudahan fasiliti dan kepakaran terbaik rantau ini di JDT, serta peluang untuk berlatih dan bermain dengan para pemain terbaik di negara ini akan menaikkan lagi taraf mana-mana pemain yang mempunyai azam.

Perkembangan bakat-bakat muda seperti Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin dan ramai lagi yang aksi permainan mereka semakin meningkat merupakan bukti bahawa JDT boleh membantu pemain berbakat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.

Bakat-bakat muda di JDT II seperti Ramadhan Saifullah, Che Rashid Che Halim, Hasbullah Abu Bakar, Khairullah Halim dan lain-lain juga mempunyai tanda aras yang baik untuk dicapai dalam aspirasi mereka untuk diserapkan ke skuad senior. Bakat-bakat muda ini kerap berlatih bersama skuad JDT dan mendapatkan masa perlawanan dengan JDT II. Begitu juga untuk skuad Akademi JDT dari Bawah-12 hingga Bawah-21, kesemuanya mempunyai platform untuk memudahkan perkembangan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Para pemain yang penuh keazaman, bekerja keras dan berkeinginan untuk berjaya mempunyai segala perkara yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Hanya yang terbaik mampu berjaya di JDT dan Harimau Selatan berasa bangga dapat menerapkan konsep tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.