PUTTING GABRIEL GUERRA IN JDT FIRST TEAM IS RIGHT DECISION

The inclusion of new foreign player Gabriel Guerra in the Johor Darul Ta’zim FC (JDT) first team in JDT’s past two matches had a positive impact on the team. The management’s decision to switch the former JDT II player with Jeronimo Baralles came at the right time as Gabriel Guerra was a key player against Selangor and scored the opening goal against Felda United last week.

Gabriel Guerra was clearly not daunted and quickly settled in with the local playing style as he previously played for PKNS. The former Boca Juniors player, who helped PKNS get promoted to the Super League, aims to help JDT remain as the best club in the country and in Southeast Asia during the AFC Cup campaign. He believes with the complete training facilities and professional management of JDT, his performances as well as his team-mates’ will improve to go even further ahead. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

MELETAKKAN GABRIEL GUERRA DALAM SKUAD UTAMA JDT ADALAH KEPUTUSAN YANG TEPAT

Kelibat pemain luar negara yang baru diserapkan ke skuad utama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra dalam dua perlawanan JDT baru-baru ini memberi impak positif buat pasukan. Keputusan pengurusan untuk menukarkan pemain yang sebelum ini bermain dalam skuad JDT II dengan Jeronimo Baralles adalah tepat pada waktunya apabila Gabriel Guerra berjaya menjadi watak penting dalam perlawanan menentang pasukan Selangor dan menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Felda United minggu lepas.

Gabriel Guerra jelas tidak kekok dan pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan tempatan kerana beliau sebelum ini pernah bermain bersama pasukan PKNS. bekas pemain Boca Juniors ini yang turut membantu PKNS melangkah ke Liga Super, juga berniat untuk membantu JDT kekal sebagai kelab terbaik di tanahair dan Asia Tenggara dalam kempen Piala AFC. Beliau percaya dengan fasiliti latihan yang lengkap dan pengurusan profesional yang ada di JDT, mampu meningkatkan lagi prestasi beliau dan rakan sepasukan untuk melangkah dengan lebih jauh lagi ke hadapan. Luaskan Kuasamu Johor.

RELATED