REALITY IS HARD TO ACCEPT. EDUCATE YOURSELF AND ALWAYS REMAIN GRATEFUL.

We have explained before but still you choose not to listen. These trivial issues are still being discussed even though it happened 5 days ago. It’s frustrating to entertain people who are ungrateful, never contented and refuse to accept the facts. Before, they wanted a strong club, and now we not only have a strong club, but a club that is well known globally, well enough to receive an invitation to the ‘World Football Summit’. The relationship with huge clubs in Europe and Asia was covered and were applauded by foreign medias. Our budget and finances are strong, we have world class facilities, the “Bangsa Johor” movement is known throughout and we even have supporters outside of Johor. Adding to this, we’ve inked a huge sponsorship deal with Nike along with the commencement of our youth development program, and still there’re others who choose to harp on the small issues.

To admins of unofficial JDT sites such as JDT Troll Story, don’t you try to divide JDT supporters. It’s not as if I don’t have information that some of you are actually from other states.

When fans from the opposition ridicule or hurl insults at us, our fans gets upset. But what most of you don’t realize is that, you are the one exposing yourself and giving them the opportunity to do so. I remember when we replaced Baihaki for Marcos Antonio. There were many who were vocal about the change, yet Marcos have helped us win 7 trophies. Soon later we heard the chant “In Marcos we trust”. Soon after, we replaced Pablo Aimar for Jorge Pereyra Diaz and again we received protests. When Jorge started scoring goals however, they kept quiet. When Mario lost the game against Bengaluru, the fans continued to hurl their insults against Mario. When we replaced Mario for Benjamin Mora, the chanting of “In Mario we trust” started and when Mora started winning, the chanting immediately changed to “In Mora we trust”. But as soon as the team draws, it quickly turned to “Mora Out”.

In the last match when we had already secured the 3 points with a 4-0 lead, the team received “Boos” from the crowd when they were still controlling the game and maintaining possession in the last 5 minutes. The fans were adamant that they score 7 goals. When the players are injured, the fans takes it out on the coaches for not fielding the players. What exactly do these fans want? Other people or fans from opposing teams are constantly wishing for a club with the same system as JDT. Yet, there are still a handful of supporters who engulf themselves with trivial issues on social media. When someone starts criticizing their actions, they get all defensive and start hurling insults, not realizing that the cause of the altercations stemmed from you and due to your actions.

My reminder to all the fans and supporters is that, please remember that we’ve built and empire. We should not have this sort of weak mentality as it can potentially destroy our empire. B.O.S searches for the faults of the fans, the fans searches for the faults of B.O.S, the fans searchers for the faults of the management, the faults within the stadium and many more. Till what extend will you continue to search for the faults of others? Regardless of a win or a loss, we must always support and pray that the club does its best. You should not be afraid to lose because you’re afraid of the insults or the taunting on the social media. Rather than blaming other people, we should learn to look at ourselves first and reflect.

The first step is to be grateful. Secondly, unity. Thirdly, give contributions or strengthen our empire. We should not entertain trivial matters. I am standing firm because I love this JDT Family. I don’t care if you’re from Johor or anywhere else in the world. Let us all learn from the destruction of the Roman Empire. The fall of the Roman Empire was not due to a mightier force compared to them. It was due to their very own weakness that led them to be separated and divided. Please educate yourselves and always remain grateful. Stay positive.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

KENYATAAN MEMANG SUSAH HENDAK DITERIMA. DIDIK DIRI ANDA SENDIRI DAN SENTIASA BERSYUKUR.

Cakap baik baik tetapi tidak mahu dengar. Isu kecil sebegini pun masih hendak diperbincangkan lagi walau sudah lima hari berlalu. Pening melayan kehendak orang yang tidak tahu bersyukur dengan karenah yang menganggap semuanya tidak cukup. Susah terima kenyataan atau fakta. Dulu mahukan kelab yang kuat, sudah ada kelab yang kuat, malah nama negeri Johor dikenali di seluruh dunia sehingga dapat jemputan ke ‘World Football Summit’. Perhubungan dengan kelab-kelab besar di Eropah dan Asia mendapat pujian dari media luar, kelab memiliki bajet yang kukuh, fasiliti bertaraf dunia, modul Bangsa Johor dikenali dan juga mempunyai penyokong dari luar negeri Johor. Ditambah lagi dengan penajaan besar daripada Nike, program akar umbi dan pelbagai lagi namun masih hendak melayan isu-isu yang kecil.

Kepada ‘admin’ laman-laman tidak rasmi JDT seperti JDT Troll Story, janganlah anda ingin memecahbelahkan penyokong JDT. Saya bukannya tiada maklumat yang antara anda semua ini sebenarnya ada yang berasal dari negeri lain.

Apabila penyokong lain tegur dan sindir, penyokong kita pula marah. Tetapi tanpa sedar, diri sendiri yang memberi mereka peluang. Saya masih ingat sewaktu kita menukar Baihaki kepada Marcos Antonio. Ramai yang bising namun Marcos membantu JDT memenangi tujuh piala setakat ini. Kemudian, “In Marcos we trust”. Selepas itu, apabila tukar Pablo Aimar kepada Jorge Pereyra Diaz, pun ramai yang protes. Tetapi bila Diaz mula menjaringkan gol, ramai yang diam pula. Apabila Mario kalah dengan Bengaluru, ramai mengutuk Mario Gomez. Kalah dalam perlawanan pra-musim, hentam Mario. Kita tukar kepada Benjamin Mora, “In Mario we trust”. Mora menang “In Mora we trust” tetapi apabila seri, “Mora out!”

Dalam perlawanan lalu, sewaktu kita sudah terjamin 3 mata dengan mendahului 4-0, bermain dengan mengawal perlawanan pada lima minit terakhir pun ‘boo’ pasukan. Sibuk menyuruh pemain serang lagi dan sumbat 7 gol. Bila pemain cedera, marah jurulatih kenapa tak beri mereka peluang bermain. Apa sebenarnya yang penyokong JDT ni mahu? Orang luar atau penyokong lain sering berdoa nak ada kelab yang memiliki sistem macam JDT. Namun segelintir penyokong JDT pula masih sibuk melayan media sosial dengan isu-isu remeh. Apabila orang lain hentam perangai dan sikap tersebut, mulalah melenting dan melatah. Tak sedar bahawa punca utama tersebut datang dari diri sendiri.

Pesanan saya kepada penyokong sekalian, ingatlah bahawa kita telah membina empayar. Jangan kerana mentaliti yang lemah menjatuhkan empayar sendiri. B.O.S cari silap penyokong, penyokong cari silap B.O.S, penyokong cari silap pengurusan, cari silap stadium dan macam macam lagi. Sampai bila hendak terus mencari silap orang. Tidak kira kalah atau menang, sentiasa sokong dan berdoa agar pasukan lakukan yang terbaik. Bukan takut kalah kerana takut kena kutuk dalam media sosial. Ingatlah kehidupan bukan setakat dalam media sosial. Daripada hendak salahkan orang lain, adalah lebih baik kita membetulkan diri kita terlebih dahulu.

Langkah pertama, bersyukur. Kedua, bersatu. Ketiga, beri sumbangan atau kukuhkan empayar kita. Usah dilayan perkara-perkara kecil. Saya berdiri teguh kerana saya sayang Keluarga JDT. Tidak kisah anda dari Johor ataupun negeri dan negara mana. Belajar dari kejatuhan empayar Rom. Mereka jatuh bukan kerana ada kuasa besar yang lebih besar daripada mereka, tetapi kerana kelemahan mereka sendiri iaitu berpecah belah. Didik diri anda sendiri dan sentiasa rasa bersyukur. Kekal positif.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

 

 

RELATED