REVENGE? JDT ONLY FOCUSSED ON MALAYSIA CUP PROGRESS

Johor Darul Ta’zim FC are gearing towards an important Piala Malaysia match this weekend, with manager and head coach Luciano Figueroa working his socks off to ensure the Southern Tigers emerge victorious on Sunday.

It was a bitter pill to swallow, losing the opening tie to a Premier League side, but that’s the nature of Cup competitions, and it is JDT’s turn to visit MIFA.

Having won the unifi Super League, HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor and owner of JDT, has openly discussed how he had to further motivate the players to turn up for Malaysia Cup after placing all the attention on retaining the league for a record sixth time.

HRH Tunku Ismail had in a fan sesssion said: “The Malaysia Cup does not take priority over other competitions that offer a route into continental competitions, but it is nevertheless a trophy to be aimed for when there are no other concurrent competitions.”

Now progress to the quarter-final boils down to a final group match, against a side that walked away from fortress Larkin with three points in August.

Revenge may be on the cards but the club have only one thing in mind – winning the match to secure qualification to the next round.

The equation is simple, defeat MIFA at Shah Alam Stadium on Sunday and book a place in the quarter-finals. That is the only mission.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

MEMBALAS DENDAM? JDT HANYA FOKUS SAINGAN PIALA MALAYSIA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang melakukan persiapan untuk perlawanan penting Piala Malaysia hujung minggu ini, dengan pengurus dan ketua jurulatih, Luciano Figueroa sedang berusaha keras untuk memastikan Harimau Selatan memenangi perlawanan pada hari Ahad nanti.

Ia adalah suatu perkara yang agak sukar untuk diterima, iaitu tewas pada perlawanan pembukaan kepada pasukan Liga Perdana, tetapi itu adalah adat perlawanan, dan kini giliran JDT untuk bertandang menentang MIFA.

Setelah memenangi kejuaraan unifi Liga Super Malaysia, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan juga pemilik JDT, secara terbuka telah membincangkan bagaimana baginda perlu memotivasikan para pemain untuk memenangi Piala Malaysia selepas meletakkan tumpuan untuk mempertahankan rekod kejuaraan liga untuk kali keenam.

DYAM Tunku Ismail dalam satu sesi bersama penyokong turut ada menyatakan: “Piala Malaysia tidak diberi keutamaan seperti mana-mana pertandingan lain yang menawarkan tempat ke pertandingan peringkat antarabangsa, tetapi ia menjadi satu trofi yang akan cuba dimenangi apabila tiada pertandingan lain yang berlangsung serentak.”

Kini saingan ke peringkat suku akhir menyaksikan perlawanan terakhir peringkat, menentang pasukan yang telah mencuri tiga mata dari kubu Larkin pada bulan Ogos lalu.

Membalas dendam mungkin berada dalam perancangan tetapi kelab hanya mempunyai satu perkara yang menjadi keutamaan – memenangi perlawanan tersebut untuk melayakkan diri untuk ke pusingan seterusnya.

Kesimpulannya mudah, tewaskan MIFA di Stadium Shah Alam pada hari Ahad ini dan tempah tempat di peringkat suku akhir. Itulah satu-satunya misi.

[related_post themes="flat" id="113310"]