RISE, JDT FANS. SHOW THEM WHAT WE ARE MADE OF!

They mocked us – Johor Darul Ta’zim FC (JDT) as a club and the fans – saying Larkin was getting lonely. Low attendance at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium against UiTM dominated headlines while a similar plague hit Malaysian football across the board. 

Indeed JDT’s 2019 Malaysia Cup campaign kicked off in front of a low turnout, but a low turnout only to our very own high standards. It is indeed not something to be proud off, unlike the stature the Southern Tigers possess on many fronts. 

Reasons can be plenty, but let’s become together like the JDT family we are. Let’s stand as one big unit – players, fans and management – against our opponents, critics, haters and all that stand in our way.

The stage is set when JDT hosts PJ City at Larkin on Wednesday, 7 August 2019. Having ended JDT’s proud 75-match unbeaten home run in the Super League last month, the Southern Tigers must show hunger and desire to set the record straight.

Let’s recreate the Larkin atmosphere to add bite to the Larkin Roar and show ‘them’ what we are made of. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

BANGKIT, PENYOKONG JDT. TUNJUKKAN KEPADA MEREKA SIAPA KITA! 

Mereka mentertawakan kita – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan para penyokong – dengan mengatakan Larkin semakin sepi. Jumlah kehadiran yang rendah di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos ketika aksi menentang UiTM mendominasi tajuk akhbar sedangkan wabak ini turut melanda bola sepak Malaysia secara keseluruhan.

Sememangnya JDT memulakan kempen Piala Malaysia 2019 dihadapan bilangan penyokong yang rendah, tetapi jumlah tersebut hanyalah rendah berdasarkan standard kelab ini yang sememangnya tinggi. Ianya bukanlah sesuatu yang dibanggakan, tidak seperti segenap ciri-ciri lain yang dikuasai Harimau Selatan. 

Pelbagai alasan boleh diberikan, namun ayuh kita semua bersatu semula sebagai Keluarga JDT. Ayuh berdiri sebagai satu unit yang besar – pemain, penyokong dan pengurusan – menentang lawan, para pengkritik, ‘haters’ dan apa sahaja yang menghalang kita. 

Pentasnya sudah tersedia apabila JDT melayani kunjungan PJ City di Larkin pada hari Rabu, 7 Ogos 2019. Setelah mengakhiri rekod 75 perlawanan tanpa kalah JDT di laman sendiri ketika aksi Liga Super bulan lepas, skuad Harimau Selatan perlu menunjukkan kesungguhan untuk kembali melakukan rekod berterusan. 

Ayuh kembalikan semula atmosfera Larkin bagi menambah sengat kepada Sorakan Larkin dan tunjukkan kepada mereka siapa kita yang sebenar. Luaskan Kuasamu Johor.

[related_post themes="flat" id="121027"]